e

Saturday, November 15, 2014

Danbo Flavors.. Zam Teringin Nak Satu Set!


Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Baru sebentar tadi, pengedar rasmi Danbo di Malaysia kongsikan info tentang satu set terbaru Danboard atau Danbo kepada para peminatnya di Facebook- Danbo Flavours (gambar atas). Mungkin ramai yang pernah melihat Danbo sebelum ini, dan mungkin juga ada dikalangan pembaca yang perasan Zam kerap menulis entri mengenai fotografi melibatkan Danbo di blog Zamani 84.

Danbo Zamani 84
Apapun, buat mereka yang belum mengenali, Danbo ialah satu watak robot kotak kertas dari sebuah komik di Jepun. Apabila ia dijelmakan menjadi model mini plastik dan dipasarkan, ia menjadi kesukaan ramai terutamanya mereka yang meminati mini figure photography. Taip sahaja Danbo di Google Image, dan anda akan lihat banyak fotografi yang melibatkan Danbo ini.

Carian Danbo di Google

Jadi, bila stok terbaru Danbo- Danbo Flavours keluar dalam 8 Variasi Warna yang menarik ini, Zam teruja untuk memilikinya. Sebab, Zam boleh pelbagaikan lagi imiginasi untuk menghasilkan karya fotografi menggunakan Danbo ini. Jika dulu warna Danbo adalah coklat, kini ada 8 lagi variasi warna yang baru. Sangat-sangat menarik!

(Satu set mengandungi 10 Danbo, dengan 8 warna berbeza + 2 warna random)

5 comments:

  1. oo nama benda ni danbo..hehe...cute je..

    ReplyDelete
  2. baru tau nama benda ni. comel dan kreatif gila.

    www.diarijejakahangat.com

    ReplyDelete
  3. minat benda alah ni.. tapi baru tau nama dia danbo.. hehe

    ReplyDelete