e

Monday, November 3, 2014

Insya Allah Zam Nak Berniaga Kek Lapis Sarawak Lepas Ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Setiap kali pelancong luar datang ke Sarawak, buah tangan wajib yang sentiasa dibeli untuk dibawa pulang pastinya Kek Lapis Sarawak. Tersohornya kek ini tidak perlu diceritakan dengan panjang lebar, kerana ia merupakan trademark yang cukup sinonim dengan negeri ini dan dikenali ramai.

Permintaan untuk kek ini juga selalunya meningkat lebih lebih lagi menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Jiran Zam berbangsa Cina sendiri akan membeli Kek Lapis Sarawak untuk menjamu tetamu mereka yang beragama Islam di sini.

Sehubungan dengan itu, Zam berura ura untuk menjalankan bisnes ini tidak lama lagi. Insya Allah, bagi memenuhi permintaan kek ini yang sentiasa tinggi dari pelanggan di Semenanjung :)


Gambar kek lapis yang dibeli baru baru ini untuk dikirimkan ke Semenanjung.

3 comments:

  1. all the best zam, semoga tercapai cita-cita dan perniagaan zam berjaya...akak doakan In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  2. wah..sedap ni kek lapis sarawak...:)

    ReplyDelete
  3. mesti terlaris di semenanjung nanti ni

    ReplyDelete