e

Sunday, November 2, 2014

Tak Berani Tanya Soalan Sebab Ia Sensitif

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Tarikh 31 Oktober 2014 merupakan detik yang mendebarkan dan penuh harapan bagi sebilangan besar guru guru di seluruh negeri. Mengapa? Kerana ia adalah tarikh pengumuman keputusan permohonan pertukaran guru guru antara negeri. Ramai rasanya yang berjaga lewat malam hari itu menantikan keputusan mereka, termasuklah beberapa orang rakan Zam di Kuching.

Ingat kisah Zam dalam entri sebelum ini? Yang Zam kena tindih ketika tidur di rumah rakan? Ha.. Pada malam itulah keputusan itu keluar. Ketiga tiga rakan Zam di rumah tersebut sebenarnya membuat permohonan pertukaran pada tahun ini. 

Apapun, pada keesokan paginya selepas bangun dari tidur, Zam tidak tanyakan mereka keputusan permohonan tersebut. Takut sebenarnya.. Takut menyinggung perasaan rakan jika keputusan yang diperolehi mengecewakan.

Mana tidaknya.. Bayangkan bila mereka terpaksa berjauhan dengan keluarga di tempat orang. Hendak dibawa isteri bersama ke Sarawak, nanti bila nak mohon pulang ke semenanjung semula pasti lebih sukar kerana belum tentu kedua duanya dapat tukar serentak. Secara langsung, pelbagai perancangan bersama pasti sukar dilaksanakan bila berjauhan. Kos juga bertambah, seperti kos pulang ke semenanjung untuk berjumpa dengan keluarga.

Kasihan sebenarnya.. Apapun buat masa terdekat ni memang terpaksa bersabar bila permohonan seringkali ditolak.. Bukan setakat si suami yang kecewa, tapi pasti si isteri juga merasa hampa. Terpaksa mengasuh anak anak seorang diri kerana berjauhan dengan suami..

5 comments:

  1. zam x mintak balik semenanjung ke?

    ReplyDelete
  2. Pasti ade hikmahnya... ape pun ceria selalu

    ReplyDelete
  3. Bukan mudah menjadi pasangan PJJ...

    ReplyDelete
  4. berita yang tak seronok untuk didengar kan..kan bagus kalau prosesnya lebih mudah

    ReplyDelete
  5. cikgu tempat iqha pratikum siap berpuasa nazar sebab seronok dpt balik ke negeri sendiri.. ;)

    ReplyDelete