e

Thursday, November 20, 2014

Kisah Peninju Wanita Dari Jepun Memeluk Islam (Part 1)

Assalamualaikum dan selamat malam pembaca semua.

Kisah yang Zam bawakan kali ini, adalah sebuah kisah yang mendapat perhatian ramai baru-baru ini. Zam pernah membacanya dulu, dan apabila bertemu sekali lagi dengan artikel ini, Zam rasa ia menarik untuk dikongsikan bersama pembaca. 

Oleh kerana artikel ini agak panjang, Zam bahagikan dulu dalam 2 entri. Insya Allah kisah selanjutnya akan Zam kongsikan juga esok. 




"KISAH PENINJU WANITA CANTIK DARI JEPUN MENERIMA HIDAYAH MEMELUK ISLAM"

Hidayah adalah anugerah yang datang tanpa disangka-sangka. Hal ini dirasakan oleh Chika Nakamura, seorang peninju wanita dari Jepun.

Chika lahir dan dibesarkan di Jepun, dengan masa kecil yang bahagia, diasuh oleh orang tuanya yang sangat berdisiplin. Ia belajar di sekolah yang bagus, mengikuti kegiatan di sekolah, bermain dengan rakan-rakan.

Ia adalah sesuatu yang tipikal anak di Jepun yang sangat dimanjakan secara material. "Namun ada yang hilang saat itu, yakni komunikasi anak dengan orang tua di dalam keluarga," ungkapnya. Padahal, ia telah melewati masa kecil yang gembira kerana dipenuhi segala keperluannya.

Semasa menginjak masa remaja, Chika bersekolah di sekolah disukainya. Tapi ia tetap merasa ada yang hilang, iaitu semangatnya. "Saya tidak tahu apa yang hilang ketika itu," hatinya bertanya-tanya.

Apabila usia meningkat 16 tahun, Chika meninggalkan rumah, pergi ke UK. Ia cuba hidup berdikari, bekerja untuk makan, membayar bil-bil dan bayaran sekolah bahasa Inggeris.

Perasaannya begitu dicabar. Semuanya baru, orang baru, persekitaran baru, bahasa baru. Ia merasa bersemangat. Namun demikian, ia mengakui "hidup di UK terlalu berat dan mahal, maka saya putuskan untuk kembali ke Jepun 2 tahun kemudian."

Saat berjumpa dengan Chika, orang tuanya terkejut. Caranya berpakaian telah berubah. Ia sangat kebaratan. Pakaiannya ketat dan memakai skirt mini.

Kerana merasa tidak sesuai tinggal di pinggir bandar, ia lalu pindah lagi ke Tokyo selama 2 tahun. Tokyo adalah bandar besar yang sangat materialistik. Segalanya serba canggih. Di sana, Chika berjumpa dengan seorang rakan wanita yang mengajarnya memandu motor. Saat itulah, ia merasa menjadi wanita bebas.

Di atas motor, ia melihat sebuah papan iklan. Di bawah lampu merah itu ada gambar wanita peninju. Sejak saat itu ia berfikir, "Aha, inilah passion-ku!" Chika bertekad menjadi peninju. Pada masa itu tahun 1999 Ia berangkat ke Amerika, mengejar mimpi sebagai seorang peninju profesional.

Di tahun 2001 dan 2002 ia menjadi satu-satunya wanita peninju Jepun yang memenangi pelbagai kejohanan tinju peringkat dunia. Malangnya, ternyata Chika tetap mengeluh, "Saya telah berkorban banyak; meninggalkan orang tua, keluarga, kampung halaman, teman, dan banyak lagi.

Sementara, hidup di Amerika juga berat kerana saya serba kekurangan. Saya merasakan penderitaan fizikal dan mental." Hidayah di balik musibah Suatu hari Chika menderita mengalami kecederaan.

Menurut doktor, itu adalah kecederaan yang serius. Katanya ia perlu beralih profesin. Sebagai atlit, kecederaan adalah perkara yang menakutkan. Ia diancam kehilangan impiannya sebagai peninju wanita profesional.

Chika merasakan ketakutan dan tersedar bahawa usianya semakin pendek. Tapi ia berkeras harus bertahan dan harus kembali. Maka ia ikuti proses pemulihan dan kembali ke gelanggang tinju. Secara emosional Chika merasa gelisah.

"Saya bertanya-tanya apakah tujuan hidup ini. Saat itu kali pertama hidup saya merasa terhenti sejenak".

"Saya tidak boleh berlari, tidak boleh berjalan, tidak punya keluarga, dan tak punya tujuan hidup."

Dia mempersoalkan kembali apa yang telah dialami. Mengapa harus meninggalkan Jepun? Mengapa mahu menjadi peninju wanita profesional? Chika bangkit kembali dan mengaku diselubungi hawa nafsu bahawa,

"Inilah tujuan hidupku. Passion-ku adalah tinju. Segalanya telah ku korbankan demi bertinju. Aku boleh bertahan demi kerjaya sebagai wanita peninju. Aku boleh membantu orang lain dengan berkongsi pengalaman tentang perjalanan hidupku menuju profesion sebagai peninju."

(bersambung..)

2 comments:

  1. tunggu sambungan kedua pulak :D

    tapi mcm pernah baca cerita nih.. hurmm..
    anyway Chika nampak cantik.. alhamdulillah Chika dapat hidayah Allah..

    ReplyDelete