e

Friday, November 21, 2014

Kisah Peninju Wanita Dari Jepun Memeluk Islam (Part 2)




Sambungan dari entri sebelum ini..


Seolah benar, Chika mencari sebuah pola hidup manusia, bahawa hidup ini pasti mendapati masalah, lalu berjaya melaluinya, lalu timbul lagi masalah, dan kita lewati lagi, demikian seterusnya . Maka ia pikir pasti boleh selamat melaluinya. Ia pun tak menuruti nasihat doktor.

Mulanya Chika mendapatkan "keajaiban" bertubi-tubi. Ia mendapatkan sponsor dan pindah California untuk berlatih untuk memasuki kejohanan. Di sana ia mendapatkan jurulatih yang hebat. Saat itu ia merasa begitu kuat, sihat dan dimudahkan.

Malangnya, lagi-lagi ia masih belum mendapat jawapan atas kekosongan jiwa itu.

"Ini pasti bukan jalan yang benar," ujarnya. Lalu Chika mencari jawapannya dengan membaca buku biografi orang-orang yang berjaya dalam pelbagai bidang; ekonomi, politik, perniagaan dan agama. Ia tetap tidak mendapat jawapan.

Sampai suatu ketika, Chika berjumpa dengan seorang bekas peninju kelas dunia. Ia seorang muslim. Ia berbincang dengannya. Ia sangat mudah, rendah hati, ramah, dan baik sekali. Inilah yang telah Chika tinggalkan dan hilang dari masyarakat London dan di Jepun.

"Tidak perlu ilmu akademik yang banyak dan kemahiran yang tinggi untuk memperoleh ketenangan. Saya juga boleh mendapatkannya sambil fokus pada tinju," Fikirnya. Lantas, tiba-tiba takdirnya berubah.

Kerjayanya terhenti tanpa penaja, selepas cuba menjalani kehidupan di New York selama 4 bulan. Kekasihnya pergi dan ia tak punya siapa-siapa lagi. Ia putus asa dan menghentikan semuanya.

Dengan kuasaNya, Allah pertemukan Chika dengan seorang rakan wanita asal Perancis, dia seorang Kristian. Dia mengatakan ada satu potong puzzle yang hilang pada dirinya. Itulah sang pencipta.

Dia bertanya apakah Chika tahu tentang pencipta. "Tentu aku tak tahu apa-apa tentang pencipta," jawabnya. Maka Chika ikuti cadangan rakannya untuk mempelajari agama-agama. Beliau pergi tempat ibadah hindu, gereja, budha, dan masjid.

Di masjid, Chika mengenang saat-saat menjemput hidayah-Nya, "Saya bersujud, menangis. Hati dan jiwa ini berbisik; banyak masa untuk saya menempuh perjalan hidayah ini. Saya kembali kepada Allah. Segera saya ingin menjadi muslim. Pada hari Jumaat, beberapa tahun yang lalu, saya tinggalkan tinju, cinta dan rancangan ingin berkahwin cepat. Saya mengucap syahadah."

"Tetapi, kini saya mempunyai misi baru, yakni membela Islam, berdakwah di negara saya dan dunia. Inilah jalan yang benar, "pengakuan Chika.

Alhamdulillah, kini Chika merasakan kedamaian jiwa selepas memeluk Islam dan mengaku telah bahagia menjadi seorang muslimah. Ia menyedari bahawa akan ada cabaran lebih dalam berdakwah, lebih letih daripada bertinju.

Namun hal itu tak menyurutkan tekad Chika mendedikasikan seluruh hidupnya untuk Islam. Saat ini ia serahkan seluruh potensinya untuk Islam, dengan misi hidup yang baru, yakni jihad fiisabilillah. Alhamdulillah.

4 comments:

  1. Alhamdulillah, seronok bila membaca kisah-kisah mualaf ni... salam jumaat zam...

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah seronok membacanya.. kagum

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.semoga kita semua juga terus diberi hidayah-Nya :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. menitik air mata bila baca kisah Chika TT^TT
    kita yang lahir Islam dah dapat hidayah lama dah...
    tapi... hurmmm..
    moga-moga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah dan tunjukkan kita jalan yang benar aamiin...

    ReplyDelete