Assalamualaikum dan selamat petang semua. Bersempena lawatan Zam ke MAHA 2014 Khamis lepas, Zam nak kongsikan beberapa makanan tempatan yang Zam akan beli setiap kali ke MAHA. Dan ada diantaranya, Zam baru beli tahun ini selepas mencuba tester yang disediakan. Jom tengok satu persatu ya..
Yang pertama, roti Arab ni memang benda wajib yang Zam beli setiapkali MAHA diadakan. Suka belah roti tu, sapu mentega dan letak atas ceper panas. Biar garing. Sedap dimakan begitu sahaja. Cicah kari pun sedap ni..
Pekasam ni, Zam baru jumpa dan beli tahun ni. Sepaket, RM5.. Kalau tiga paket, RM12.. Satu paket, ada dua ekor ikan.. Rasa yang best, lebih lebih lagi kalau anda peminat makanan kampung. Dipaketkan dengan pembungkusan vakum, jadi ikan ni tidak berbau langsung. Sesuai dijadikan buah tangan ni.. Kalau Zam pergi lagi, rasa nak beli lagi ni.. Beli tiga paket tak cukup
Mi Bandung Segera ni, pernah Zam beli masa MAHA sebelumnya. Dah pernah makan, itu yang beli lagi. Sangatlah sedap walaupun dinamakan makanan segera. Produk keluaran Agro Mas ni, memang boleh dipercayai.. Memang terbaik.. Yang bihun tom yam segera tu, Zam tak rasa lagi. 1 paket, RM5.
Dalam banyak banyak tester maruku yang diberikan, Zam terpanggil untuk membeli yang ini. Masa tester tu diberikan, Zam berlalu beberapa langkah sambil mengunyahnya.. Bila sedar yang rasa maruku tu sedap, Zam patah balik ke belakang dan membelinya. Maruku perasa udang ni.. Memang Zam dah lama suka. 3 paket, RM10.
Yang terakhir ni, rempah serbaguna dari Shila Amin. Macam macam masakan boleh dibuat menggunakan rempah ini. Zam dah cuba tester ayam yang digoreng dengan rempah ini menggantikan kunyit dan garam. Memang sedap.. Macam ayam goreng berempah rasanya. 1 paket, RM12.. 2 paket, RM20.
sedih tahun ni tak dapat gi MAHA, jika dulu 2 hari cuti memang dari jam 10 pg sampailah jam 10 malam asyik berlegar kat sana. wife lagi best, setiap hari dia ke sana... sampai rambang biji mata...
ReplyDelete