Assalamualaikum dan selamat petang semua. Bersempena lawatan Zam ke MAHA 2014 Khamis lepas, Zam nak kongsikan beberapa makanan tempatan yang Zam akan beli setiap kali ke MAHA. Dan ada diantaranya, Zam baru beli tahun ini selepas mencuba tester yang disediakan. Jom tengok satu persatu ya..
Yang pertama, roti Arab ni memang benda wajib yang Zam beli setiapkali MAHA diadakan. Suka belah roti tu, sapu mentega dan letak atas ceper panas. Biar garing. Sedap dimakan begitu sahaja. Cicah kari pun sedap ni..