e

Tuesday, December 9, 2014

Cuti Hari #15: Bila Kawan Nak Makan Char Kueh Tiaw


Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua. Ada peminat Char Kueh Tiaw di sini? Jika ada, dimanakah tempat terbaik untuk anda menikmati Char Kueh Tiaw di tempat anda? Sebab Zam jarang berada di Serdang, memang susah nak cari orang yang menjual menu ni. Tak tahu tempat.

Itupun sebab rakan di Serdang ni nak makan sangat Char Kueh Tiaw. Manalah Zam tahu. Kenalah tanya En. Google. Pernah juga kami ke Putra Jaya mencarinya, tapi kedai yang dijumpai dari Google tu dah tutup.. Adehh

Last-last, kami ke Bangi Sabtu lepas. Malam. Memang ada satu restoran yang dinamakan Hot Bangi yang menyediakan Char Kueh Tiaw sebagai menu utamanya.

Harga: Yang kecil, RM4.50, besar, RM5.50 manakala special RM6.50

Tentang rasanya, boleh tahan. Zam bagi 3.5 bintang dari 5.

5 comments:

  1. Uihhh... lama tak pekena char keow teaw.... mcm nak cari malam ni jer...

    ReplyDelete
  2. kalau dekat tg malim,,iqha selalu makan char kueh tiaw ni,,memang kaw,,sedap gilerr!! :D

    ReplyDelete
  3. Oh amiiii!! banyaknya udangg! Be

    ReplyDelete