Assalamualaikum dan selamat malam semua. Pejam celik, dah masuk hari ke 17 Zam bercuti, dan cepat betul masa berlalu. Dalam masa 17 hari tu, memang banyak juga aktiviti Zam buat terutamanya jalan jalan cari makan, tapi hari ni, Zam ke Pusat Servis Canon untuk menghantar lensa kamera untuk diservis.
Apapun ini kunjungan kali kedua Zam di sini. Kali pertama, Jun 2012. Pusat servis ni terletak di Shah Alam, tapi tengok alamat dekat dengan jalan airport Subang. Agak keliru mulanya, lagipun tempatnya agak terselindung. Nasib baik jumpa juga, sebab Zam ingat lagi jalannya ada lalu di bandar Sunway.
Suka layanan di sini. Cepat dan tak ramai pelanggan. Dan kalau Zam minta mereka poskan lensa tu semula selepas di servis ke Sarawak, tiada bayaran dikenakan. Cuma perlu bayar kos servis sahaja.
Amboii..cuti sakan ye cikgu zam..hehe..
ReplyDelete