e

Monday, December 15, 2014

Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia 15 Disember | Al Fatihah


Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Al Fatihah.. Buat peminat dan penonton filem klasik Melayu, pasti anda mengenali Datuk Mustapha Maarof. Selain dikenali kerana wajah tampannya ketika itu, Datuk Mustapha Maarof turut diingati kerana filem Hang Tuah dan Bawang Merah Bawang Putih yang dibintanginya. Walaupun adakalanya beliau hanya melakonkan watak figuran, namun beliau berjaya meraih perhatian penonton di era perfileman Melayu~ seangkatan dengan Allahyarham P. Ramlee dan rakan-rakannya.

Dan mungkin, ada juga penonton kecil yang mengenalinya menerusi iklan ubat gigi dengan kayu sugi, yang memegang watak sebagai seorang datuk.

Belangsungkawa di atas pemergian beliau, dan sama-samalah kita hadiahkan Al Fatihah buat Datuk Mustapha Maarof.


1 comment: