e

Monday, January 19, 2015

Agak-Agaklah Kalau Nak Suruh Dayang Nurfaizah Pakai Qu Putih Sekalipun!



Assalamualaikum dan selamat malam buat pembaca semua.

Malam ni Zam nak tambah sedikit tentang cerita dala AJL semalam. Selepas kejadian Lampu Hiasan Terjatuh dan 2 Orang Ahli Caliph Buskers Adalah Ex Student Kami, Zam nak komen sedikit tentang iklan Qu Putih semalam. Tentang ia selalu diulang berkali-kali, Zam tak mahu sentuh. Ada yang rasa annoying, tapi ada juga yang tak nak ambil pot.

Cuma, yang paling tak boleh blah bagi Zam, bila sewaktu Dayang Nurfaizah di wawancara selepas menyanyikan lagunya Di Pintu Syurga, datang hos lelaki yang mempromosikan Qu Putih kepada Dayang Nurfaizah...

Amboii.. Agak-agaklah.. Macam memperli Dayang Nurfaizah je.. Tahulah Dayang tu hitam manis.. Yang bestnya, Dayang Nurfaizah iyakan sahaja saranan hos lelaki tersebut sambil membuat muka yang lucu.. Agaknya dia pun rasa macam yang Zam rasa.. lol

Apapun, Zam cukup yakin, Dayang Nurfaizah antara individu yang berbangga dengan kecantikan asli dan tak kan mengubah penampilan warna kulitnya yang hitam manis dengan Qu Putih. Rasanya ada ramai lagi wanita yang diluar sana, yang tidak kisah jika berkulit hitam manis.

PS: Hitam hitam si tampuk manggis lah katakan.. ;)


PS2: Kalau kulit kusam, itu lain cerita.. Memang perlu diserikan kembali.. Biar nampak semulajadi. .Tapi tak perlu sampai putih melepak :)

8 comments:

  1. kalau hitam pun tapi pandai jaga penampilan pun lebih cantik sebenarnya dr yg putih tu kan....

    ReplyDelete
  2. kann?? mesti dayang cakap dlm hati " omg this men, whattttttt... ' hahahahhahhahahhahahahha okfine hahahahha

    ReplyDelete
  3. tak kisahlah kulit warna apa, tapi hati mau bersih. hehe

    ReplyDelete
  4. hmm...kesian dayang.nasib baik dia profesional.

    ReplyDelete
  5. dayang tetap dayang,tak perlu ubah hanya kerana orang lain..dayang memang terbaik..

    ReplyDelete