e

Wednesday, January 21, 2015

Ahli Caliph Buskers Yang Baru Memeluk Islam


Assalamualaikum dan selamat pagi para pembaca.

Dalam entri Ahli Caliph Buskers Adalah Ex Student Sekolah Kami sebelum ini, Zam ada mengatakan~ "sewaktu melihat persembahan mereka (Caliph Buskers), Zam seolah-olah mengenali wanita yang memainkan alat muzik tamborin dan maracas di pentas AJL. 

Puas Zam cuba mengecam siapakah dia, kemudian barulah Zam teringat, yang dia adalah salah seorang murid yang pernah belajar di sekolah kami- Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuching. Namanya Rubiana. Tetapi, kenapa Zam ambil masa untuk mengecam pemain muzik wanita tersebut?

Inilah yang Zam nak ceritakan.. Sebenarnya, Rubiana baru sahaja memeluk Islam dalam tempoh setahun dua ini, dan sebelum ini Zam memang tak pernah melihatnya memakai tudung di sekolah kami memandangkan dia adalah non muslim. Bila dia memakai tudung, memang Zam tak cam. Sebab tu Zam ambil masa untuk memastikannya.

Dan jika anda nak tahu, salah seorang ahli pemuzik di dalam Caliph Buskers adalah suaminya.. Nak tahu? Nanti Zam cerita lagi dalam entri yang lain ;)

Rubiana (dua dari kiri berbaju merah) ketika menyambut hari jadi bersama rakannya yang lain di asrama sekolah. Gambar-gambar lain ada di SINI.


7 comments:

  1. ha..kita tau siapa suami dia..hehe..tak pelah tunggu zam buat entry

    ReplyDelete
  2. owhhh.. alhamdulillah,
    Smoga perjalanan hidupnya dilindungi Allah swt. Semoga mereka dilimpahi rezeki yg melipah ruah. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. lol yeke?? alhamdulillah dia menemui cinta sejati dia dan memeluk Islam

    ReplyDelete
  4. Suami dia fendi, and dia tgh mengandung 5 bulan :)

    ReplyDelete
  5. patutla zam tak cam..kalau nadpun takkan cam..

    ReplyDelete