e

Thursday, January 8, 2015

Etika Makan Sushi.. Nak Makan Sushi Kena Terbalik Dulu!

Assalamualaikum dan selamat malam.

Tentu ada di kalangan pembaca blog Zam merupakan peminat makan Jepun, terutamana sushi ini. Ia adalah hidangan ringkas yang biasa dipesan ketika mengunjungi mana-mana restoran makanan Jepun, dan tak keterlaluan jika Zam katakan sushi adalah makanan Jepun yang terawal dikenali oleh rakyat Malaysia, dan rakyat kita terlebih dahulu mengenali makanan Jepun menerusi sushi sebelum menu-menu lain seperti sashimi, tempura dan takoyaki.

Namun, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa menikmati sushi ada juga etikanya. Haa.. Yang ini, bukan anda je yang baru tahu, sebab Zam pun baru tahu hari ini. Haha.. Lepas baca kesemua etika ini, baru Zam tahu cara Zam makan sushi selama ni ada yang salah, terutamanya ketika mencelup sushi ke dalam shoyu (kicap).. Hehe.. 

Dan info yang paling menarik bagi Zam ketika memakan sushi ialah, bahagian lauknya perlulah diletakkan mencecah lidah, bukannya bahagian nasi. Maksudnya, nak makan sushi kena terbalikkan dulu sushi tu. Mungkin nak memaksimakan kesedapan rasa sushi itu bila kita memakannya sebab bahagian lauk yang mempunyai lebih banyak perisa berbanding bahagian nasi.. Kan?



7 comments:

  1. ilmu nih..lain kali kena ingat benda ni..hheh..kalau idak malu kat orang jepun..heheh

    ReplyDelete
  2. huhu.. baru tau nih.. lain kali makan kena masuk sume dalam mulut

    ReplyDelete
  3. baru tahu..okay nanti bolehlah try praktikkan

    ReplyDelete
  4. Salam.. baru tau makan sushi ada cara dan etika dia.. selama ni main bedal je... (hmm dah lama takde geng makan sushi...) owwwhhh sushi my favorite...

    ReplyDelete
  5. baru tahu caranya makan sushi..tq share info zam

    ReplyDelete