e

Saturday, January 31, 2015

Virus Tersingkir, Nabil, Bocey, Zero, Sepahtu Dan Shiro Ke Final Maharaja Lawak Mega 2014

Assalamualaikum dan selamat malam.

Pada yang telah menonton Semi Final Maharaja Lawak Mega malam ini, apakah ramalan anda siapa yang tersingkir tepat? Nabil antara yang mengejutkan ramai pihak apabila berjaya mencuit hati dengan prop dan loghatnya yang pelbagai. Ketika penonton ramai yang ketawa bila punch line nya menjadi, dia kelihatan semakin yakin. Itu yang Zam perasan.

Persembahan kedua Bocey pula tidak mengecewakan. Comel bila si baju hijau tu mengajuk loghat Kedah. Tak dinafikan loghat Kedah sebenarnya mudah diajuk dan sedap bila di dengar.

Zero, Zam hampir hampir sangka mereka akan tersingkir. Bahaya bila memilih loghat Kelantan ialah, ia sukar untuk diajuk. Dan tambah pula dengan idea yang sama digunakan sejak minggu lepas, dan penonton serta juri perasan akan hal itu. Mujur rezeki masih berpihak kepada mereka bila diumumkan peserta ke 3nyang layak.

Sepahtu, biarpun persembahan kedua menjadi hambar di minit terakhir, mereka tak perlu risau kerana juri percaya dengan kredibiliti mereka. 

Cuma Shiro yang agak hambar dalam kedua dua persembahan, bernasib baik kerana masih dapat meneruskan langkah mereka ke final. Tentu ramai yang ingat Shiro yang akan keluar malam ini.

Virus, agak kelakar juga melayan telatah mereka tadi. Dan mungkin ramai yang menyangka mereka antara yang akan terselamat. Walaupun persembahan malam ini lebih menarik berbanding Shiro, sudah tertulis nasib tidak menyebelahi mereka.

Adakah mereka terkesan kerana persembahan minggu lepas?


No comments:

Post a Comment