e

Showing posts with label maharaja lawak mega 2014. Show all posts
Showing posts with label maharaja lawak mega 2014. Show all posts

Saturday, February 7, 2015

Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)


Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) 

JUARA RM500,000

ZERO

NAIB JUARA RM250,000

SEPAHTU

KETIGA RM150,000

NABIL

KEEMPAT RM50,000

SHIRO

KELIMA RM15,000

BOCEY

Friday, February 6, 2015

Live Streaming | Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Final



Assalamualaikum dan selamat malam.

Buat peminat dan penonton yang ingin menyaksikan Maharaja Lawak Mega 2014 Final secara live streaming / online, anda boleh melawat ke pautan ini : http://pencuristream.com/

Kebetulan minggu lepas, Zam berada di luar ketika MLM 2014 disiarkan, jadi Zam sempat menontonnya menerusi pautan di atas. Jadi ia antara alternatif buat anda yang tidak memiliki Astro untuk menonton rancangan hiburan popular ini.

Entri sebelum ini: Hadiah Utama Juara Maharaja Lawak Mega 2014 Final

Hadiah Utama Buat Pemenang Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)



Assalamualaikum dan selamat malam para pembaca.

Tentu ramai yang tak sabar hendak menyaksikan Maharaja Lawak Mega 2014 pada malam ini. Masa untuk hiburan santai di malam Jumaat ini biasanya digunakan sebaiknya bagi kita berkumpul sesama keluarga dan rakan. Apapun sebelum itu, tahukah anda berapakah jumlah wang tunai yang bakal dibawa pulang oleh kumpulan yang bergelar Juara kelak?

Seperti tahun tahun sebelum ini, kumpulan yang dinobatkan sebagai Maharaja Lawak Mega (Utama) akan memperolehi RM500,000 (setengah juta tu!). Jika pada tahun 2012 Johan dan Zizan memenanginya, diikuti 2013 oleh kumpulan Sepahtu, siapa pula agaknya malam ini? Adakah Zero, Bocey, Nabil, Shiro atau Sepahtu?

Walaupun ia sukar diramal, tentu pembaca mempunyai kumpulan pilihan masing, kan?

Saturday, January 31, 2015

Tonton Online Maharaja Lawak Mega Minggu Ke 12



Tonton Online Maharaja Lawak Mega Minggu Ke 12 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Buat para peminat Maharaja Lawak Mega 2014 yang tidak berpeluang menonton siaran minggu ke 12 semalam, Zam sediakan pautan video-video tersebut di sini. Kredit kepada Astro Gempak.

NABIL 1
BOCEY 1
ZERO 1
VIRUS 1
SEPAHTU 1
SHIRO 1

NABIL 2
BOCEY 2
ZERO 2
VIRUS 2
SEPAHTU 2
SHIRO 2


Virus Tersingkir, Nabil, Bocey, Zero, Sepahtu Dan Shiro Ke Final Maharaja Lawak Mega 2014

Assalamualaikum dan selamat malam.

Pada yang telah menonton Semi Final Maharaja Lawak Mega malam ini, apakah ramalan anda siapa yang tersingkir tepat? Nabil antara yang mengejutkan ramai pihak apabila berjaya mencuit hati dengan prop dan loghatnya yang pelbagai. Ketika penonton ramai yang ketawa bila punch line nya menjadi, dia kelihatan semakin yakin. Itu yang Zam perasan.

Persembahan kedua Bocey pula tidak mengecewakan. Comel bila si baju hijau tu mengajuk loghat Kedah. Tak dinafikan loghat Kedah sebenarnya mudah diajuk dan sedap bila di dengar.

Zero, Zam hampir hampir sangka mereka akan tersingkir. Bahaya bila memilih loghat Kelantan ialah, ia sukar untuk diajuk. Dan tambah pula dengan idea yang sama digunakan sejak minggu lepas, dan penonton serta juri perasan akan hal itu. Mujur rezeki masih berpihak kepada mereka bila diumumkan peserta ke 3nyang layak.

Sepahtu, biarpun persembahan kedua menjadi hambar di minit terakhir, mereka tak perlu risau kerana juri percaya dengan kredibiliti mereka. 

Cuma Shiro yang agak hambar dalam kedua dua persembahan, bernasib baik kerana masih dapat meneruskan langkah mereka ke final. Tentu ramai yang ingat Shiro yang akan keluar malam ini.

Virus, agak kelakar juga melayan telatah mereka tadi. Dan mungkin ramai yang menyangka mereka antara yang akan terselamat. Walaupun persembahan malam ini lebih menarik berbanding Shiro, sudah tertulis nasib tidak menyebelahi mereka.

Adakah mereka terkesan kerana persembahan minggu lepas?