e

Tuesday, February 24, 2015

Di Sarawak, Zam Dikenali Sebagai 'Uncle Roti'


Setiap kali nak berangkat pulang ke Kuching, Sarawak dari Kuala Lumpur, Zam akan beli roti Gardenia ni banyak-banyak. Biasanya, Zam akan beli di airport sebelum berlepas. Ramai rakan di Kuching yang mengirim, nak nak lagi roti kecil berinti krim coklat, jagung, vanilla, strawberri yang berharaga 80 sen sebiji (dulu 70 sen). Dalam gambar diatas tu, dekat RM60 Zam belanjakan untuk membelinya.

Kenapa? Ha.. Sebab di Sarawak, tak ada roti ni. Roti Gardenia tidak dipasarkan di Sarawak. Tak masuk pasaran. Tak kiralah, samada roti buku atau ban kecil berinti tu. Memang tak ada. Kilang pun tiada. 
Tambahan lagi, roti Gardenia ni sedap, jadi ramai yang suka makan. Maka kebanyakan penumpang kapal terbang yang pulang ke Sarawak akan membelinya.

Maka tak hairanlah, banyak kedai di dalam KLIA2 yang menjual roti Gardenia ini.

Sampaikan, seorang anak rakan di sekolah mengelar Zam sebagai 'Uncle Roti' kerana selalu membelikan roti Gardenia yang dipesan ibunya.

Hmm... Uncle Roti pun, Uncle Rotilah...

4 comments:

  1. oooselama ni dengar cite je,memang betul la ye...napa la gardenia tak buat kilang kat sana,pasaran luas tu...

    ReplyDelete
  2. dulu kt perak sy x menghargai pun roti gardenia ni. tapi skarang ni, saya pun jadi penggila gardenia. asal balik semenanjung mesti borong roti gardenia byk2. then masuk peti ais. boleh jadi stok sampai dua minggu.

    ReplyDelete
  3. wah... seyesly..?? terbaik lah...

    ReplyDelete