Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Rata-rata dikalangan kita pastinya mengambil berat tentang laporan yang kian tersebar di alam maya akhir-akhir ini, iaitu tentang cuaca panas ekstrem yang akan melanda negara mulai minggu ini. Apa yang penting dalam menghadapi musim ini ialah, langkah penjagaan diri yang boleh dikongsikan kepada ahli keluarga dan sahabat handai.
Musim Panas Ekstrem, Berjaga-jaga
Menerusi akbar Utusan Online (sumber), orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca panas ini akan menjejaskan kesihatan.
- Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, perubahan ilkim ini akan menjejaskan bekalan air yang selamat, dan kesannya boleh membawa kepada peningkatan kes-kes penyakit bawaan air seperti cirit birit.
- Selain itu, penyakit berkaitan kardiovaskular dan pernafasan juga akan meningkat. (ini yang paling kena berjaga-jaga)
- Beberapa golongan juga dikenalpasti berisiko tinggi berdepan dengan masalah kesihatan diatas, seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan polis kerana terlibat dengan aktiviti fizikal di luar.
- Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko berbanding mereka yang lebih muda.
- Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi- sumber.
- Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.
- Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik
- Jangan mendedahkan diri dengan aktiviti luar
Pemanasan global yang dikenali sebagai fenomena ekuinoks ini dilaporkan akan melanda sehingga bulan April (sumber). Fenomena ini akan menyebabkan waktu siang yang lebih panjang berbanding waktu normal.
Penipisan ozon juga antara penyebab kepada fenomena ini, dan suhu akan meningkat dari biasa mulai pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.
Ketika ekuinoks berlaku, matahari sebenarnya berada dekat dengan kita yang berada di garisan Khatulistiwa.
"Apa yang berlaku ialah kita akan mempunyai masa siang yang lebih panjang antara 16 hingga 34 minit tetapi secara tepatnya, kalau kiraan dibuat kita akan tahu, tapi dalam lebih kurang 16 hingga ke 34 minit." - Pengarah Institut Sains Dan Teknologi.
Simptom Strok Haba
Untuk mengetahui tentang simptom strok haba yang boleh terjadi ketika cuaca panas melampau, pembaca boleh merujuk entri yang pernah dikongsikan sebelum ini: Simptom Strok Haba.
memang panas sangat sekarang ni...
ReplyDeletekalau buka je pintu rumah, terasa angin yang masuk tu angin panas...huhuhu...
~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com