e

Friday, February 6, 2015

Hadiah Utama Buat Pemenang Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)



Assalamualaikum dan selamat malam para pembaca.

Tentu ramai yang tak sabar hendak menyaksikan Maharaja Lawak Mega 2014 pada malam ini. Masa untuk hiburan santai di malam Jumaat ini biasanya digunakan sebaiknya bagi kita berkumpul sesama keluarga dan rakan. Apapun sebelum itu, tahukah anda berapakah jumlah wang tunai yang bakal dibawa pulang oleh kumpulan yang bergelar Juara kelak?

Seperti tahun tahun sebelum ini, kumpulan yang dinobatkan sebagai Maharaja Lawak Mega (Utama) akan memperolehi RM500,000 (setengah juta tu!). Jika pada tahun 2012 Johan dan Zizan memenanginya, diikuti 2013 oleh kumpulan Sepahtu, siapa pula agaknya malam ini? Adakah Zero, Bocey, Nabil, Shiro atau Sepahtu?

Walaupun ia sukar diramal, tentu pembaca mempunyai kumpulan pilihan masing, kan?

1 comment:

  1. Lumayan betul hadiahnya... Tapi berbaloi la..bkn sng nk buat org ketawa...

    ReplyDelete