e

Tuesday, February 3, 2015

Pelakon Power Ranger Merah Tikam Rakan | Dari Siri Musim Ke 10

Semalam, menerusi Metro Online Zam dapat tahu salah seorang pelakon siri Power Rangers telah ditahan polis atas dakwaan menikam rakannya sehingga mati. Rasanya, ini kali pertama bintang dari siri popular itu disabitkan dengan kes jenayah yang serius.

Jadi Zam pun cuba mencari maklumat mengenai pelakon tersebut, kerana terdapat ramai sebenarnya pelakon yang membawa watak Ranger sepanjang 21 musim ia ditayangkan (bersamaan 21 tahun!)

Setelah diselidik, rupanya pelakon tersebut ialah Ricardo Medina Jr yang memegang watak Ranger Merah dalam musim ke sepuluh francais siri Power Rangers, Power Rangers Wild Force (2002).

Wajah terkini Ricardo Medina

Ricardo ketika membintangi Power Rangers musim ke 10 pada 2002

Pada tahun 2011, Ricardo sekali lagi membintangi siri Power Rangers musim ke 18- Power Rangers Samurai, namun bukan sebagai Ranger mahupun orang baik, tetapi sebagai watak penjahat yang menentang Power Rangers sendiri.



Ps: Masa muda, kacak, jadi orang baik.. bila dah tua, jadi orang jahat pula

2 comments: