e

Wednesday, February 4, 2015

Sorry Zam Bertegas, Tapi Zam Perlukan Kamera Tu Cepat

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Bulan 12 lalu, Zam sempat ke Pusat Servis Canon di Shah Alam untuk hantar servis kamera yang Zam gunakan. Pesan Zam pada mereka, bila dah selesai diservis, Zam minta ia dihantar ke Kuching kerana Zam bekerja di Kuching.

2 minggu lepas, bila Zam dapat tahu kamera tu dah siap diservis, Zam telefon semula mereka dan ingatkan lagi supaya ia dihantar ke Kuching, walaupun pada awalnya Zam hantar ke Shah Alam untuk diservis. Dan sebenarnya khidmat penghantaran ke Kuching memang disediakan oleh mereka, dan ia percuma.

Cuma sampai sekarang, ia belum lagi dihantar ke Kuching. Tadi, Zam telefon lagi dan minta mereka hantar ke Kuching dengan kadar segera. Kali ni, memang Zam betul-betul bertegas dan serius. Zam desak mereka hantar. Entah dimana silapnya, mesej yang dipesan berkali-kali sebelum ini tidak dilaksanakan oleh mereka. Mungkin mereka sangka Zam akan collect kamera yang diservis di sana (Shah Alam).

Miss communication agaknya antara staf mereka.

Zam tak adalah marah-marah staf Canon, masih boleh consider sebab servis mereka cemerlang sebelum ni. Tahun 2012 dulu Zam pernah gunakan khidmat yang sama dan Zam tulis entri tu di sini. Kadang-kadang, rasa tak selesa juga nak marah-marah orang ni kan. Bila dah desak-desak ni, rasa tak best juga tapi terpaksa. 


2 comments: