SINOPSIS NOVEL TAKKAN PERNAH JAUH, CINTA HATI KITA (GIVEAWAY ZAMANI ABE)
Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat semua. Semalam, Zam anjurkan satu giveaway yang akan berlangsung selama seminggu (sehingga Khamis 5 Mac 2015) untuk disertai oleh rakan blogger.
Kepada yang berminat untuk menyertainya, boleh ke link ini http://zamani84.blogspot.com/2015/02/giveaway-novel-alaf-21-buat-rakan.html , dan tinggalkan link entri penyertaan anda di sana. (JANGAN TINGGALKAN LINK ANDA DI ENTRI INI PULA YA)
Berikut adalah sinopsis untuk kedua-dua novel yang bakal dimenangi:
Shanika Latisha
Sepasang bayi kembar merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Menjaga si kembar secara bergilir-gilir telah memutikkan rasa cinta tanpa disedari. Masing-masing menyimpan perasaan, tetapi tidak berani untuk berterus terang.
Belum sempat hubungan itu bertukar status, konflik mula melanda diri.
Hanya kerana satu rahsia yang terpaksa disingkap, Dyba kehilangan dua insan yang amat disayangi. Ketakutan menyebabkan dia membawa diri. Sementelah, dia juga memendam rasa akibat kecewa dengan sikap Shah yang tidak berani meluahkan kata cinta.
Bertahun-tahun Shah nanar dengan perpisahan itu. Namun, kepulangan Dyba mengubah segala-galanya. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku, menyukarkan cinta mereka untuk bersatu. “Kita bagaikan mentari dan bulan... berjauhan, tetapi saling memerlukan.”
Dr. HM Tuah Iskandar al Haj
IMPIAN Manis ingin memiliki rumah tangga yang aman dan bahagia. Tapi, apa yang tersurat, dia menjadi isteri kedua. Maka terpaksalah dia berkongsi sekeping hati. Manis sering ditinggalkan sendirian.
Malahan, pertemuan dengan suaminya perlu secara sembunyi-sembunyi.
Bagaimanapun dia redha menghadapinya demi kasihkan si suami.Sepuluh tahun Manis merahsiakan identiti suaminya. Selama itulah dia menelan umpat keji jiran-jiran yang menuduhnya perempuan simpanan. Kelahiran lima orang cahaya mata menguatkan lagi tuduhan mereka terhadapnya.
Namun, langit bagai mahu runtuh bila perkahwinan rahsia mereka telah dihidu oleh pihak media.
Seluruh negara gempar dengan berita itu. Suami Manis rupa-rupanya seorang tokoh yang dihormati ramai!
PS: Kalau ada yang nak tahu kenapa Zam dapat beli novel-novel ni dengan harga murah (RM5), boleh baca di sini :)
PS: Kalau ada yang nak tahu kenapa Zam dapat beli novel-novel ni dengan harga murah (RM5), boleh baca di sini :)
baca sinopsis je pun da best. jap gi nk join GA tu la
ReplyDeleteerm...saya tak join lagi ni...insya Allah akan menyusul..hehehehe
ReplyDelete~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com
cinta hati kita.. menarik.. boleh selami hati bini ke2. Errrmmmm
ReplyDeleteMacam best ..... nk kna join
ReplyDeletewee harap menang la..heheh tergoda tul tgk novel2 ni heee
ReplyDeletewow :o
ReplyDeletenak join sekarang ni...
ReplyDelete