e

Friday, May 15, 2015

Lepas Solat Jumaat, Dah Malam Baru Sampai Rumah


Assalamualaikum semua... Akhir-akhir ni, Zam kesibukan mengurus hal-hal di sekolah yang berkaitan dengan Kelab Kebajikan. Dan hari ini, meneruskan kesibukan tu, Zam dan rakan ke Boulevard mencari hadiah-hadiah sempena kelahiran anak-anak staf sekolah.

Bila mak budak dan rakan sekerja lain terlibat sekali cari hadiah, senang sikit mencarinya. Idea tu jadi banyak. Dari wang sumbangan warga sekolah, kami cuba habiskan dengan sebaiknya dengan membeli barang-barang yang diperlukan. Dari pakaian kanak-kanak, sehinggalah bakul yang akan digunakan untuk meletakkan hadiah tu. (mulanya nak beli kotak hadiah, tapi macam tak berbaloi sebab mahal.. Jadi atas idea rakan, mereka ke Daiso mencari bakul dan alas yang boleh menggantikan kotak dengan harga yang lebih murah.)



Selesai urusan tu, tiba masa untuk membeli belah barang keperluan lain pula.. Jika diikutkan, memang hari ni Zam banyak berbelanja beli barang dapur dan beberapa perkakas untuk kegunaan di rumah dan sekolah di MR. D.I.Y.


Kemudian, baru sedar yang perut ni dah lapar sangat sebab ambil masa yang lama untuk membeli belah. Merayau pula cari tempat makan.. Dan hanya selepas maghrib, baru kami sampai ke rumah masing-masing.. Lama betul Zam keluar hari ni!

2 comments:

  1. Wah baiknyer cikgu , siap belikan hadiah utk murid-murid ;) saya suka 3x
    "Selamat Hari Guru" utk Zam dan semua insan yang bergelar GURU .

    ReplyDelete
  2. Banyaknya barang

    ReplyDelete