Assalamualaikum readers..
Masterchef Asia episod pertama baru sahaja menamatkan siarannya. Seronok sebenarnya menonton rancangan ini bagi yang suka memasak, sebab ada beberapa tips berguna yang dikongsikan. Pada yang tak suka memasak pun, ia masih relevan bagi mereka sebab unsur pertandingan & suspen tu memang mengujakan.
Sekali imbas dari apa yang Zam tonton hari ini, hampir separuh dari peserta menyediakan makanan barat, dan bukan menu Asia seperti yang dijangkakan. Tapi itu memang tidak menyalahi peraturan kerana juri mahukan makanan yang melambangkan diri mereka. Jadi jika peserta tersebut sukakan makanan barat dan menghidangkannya, maka itulah yang melambangkan dirinya.
Zam tak nak ulas tentang peserta negara lain sangat, tapi lebih kepada peserta Malaysia.
Puan Jasbir menghidangkan masakan karinya yang enak beserta nasi dan roti, dan juadahnya tiada cacat cela langsung. Malah juri Audra Morrice amat menyukainya.
Puan Sophia, memasak menu barat, tapi masakannya dikatakan kekurangan konsep dan ayamnya terlebih masak. Selain itu, masakannya tampak ringkas.
Marcos, terlalu banyak elemen cuba ditonjolkan untuk pencuci mulutnya, tapi setiap elemen yang disediakan mempunyai rasa yang mendatar.
3 peserta yang berada di tangga 3 terbawah adalah Puan Sophia, dan 2 peserta dari Filipina.
Mulanya Zam ingat salah seorang peserta dari Filipina yang akan tersingkir, kerana ada yang menghidangkan makanan laut yang terlebih masak dan ada yang hidangannya agak kering. Namun, peserta pertama Filipina terselamat kerana walaupun paella makanan lautnya terlebih masak, ia mempunya rasa dan hidangannya lengkap. Peserta kedua Filipina yang menghidangkan menu daging yang agak kering, namun kerana sos yang disertakan bersama amat sedap, maka dia juga terselamat.
Maka dengan itu, nasib tidak menyebelahi Puan Sophia dan ini mungkin mengecewakan peminat Masterchef dari Malaysia.
Maka dengan itu, nasib tidak menyebelahi Puan Sophia dan ini mungkin mengecewakan peminat Masterchef dari Malaysia.
alahai....tiada rezeki ye. :'( ..... x apa lah...mungkin rezeki dia diluar...hihihi
ReplyDeletelorrrr... awalnya tersingkir.. huhu.. takde rezeki..
ReplyDeleteKesan pengambilan set untuk hamil