e

Thursday, September 3, 2015

MASTERCHEF ASIA 2015: 3 PESERTA BERBILANG KAUM DARI MALAYSIA

Assalamualaikum readers..

3 bulan sebelum ni, setiap petang Zam rasa tak sabar nak duduk depan TV tengok rancangan Masterchef Australia. Sekarang bila dah habis, jadi memang rasa rindu nak melayan rancangan tu lagi. Apapun, hari ni 3 September, rancangan Masterchef Asia bakal ditayangkan pada pukul 9 malam di saluran Lifetime 709.

Seramai 15 peserta dari 8 buah negara akan berentap, dan Malaysia menghantar 3 wakil dari latar belakang budaya kaum yang berbeza~ Melayu India/Punjabi dan Cina.



Tiga dari kiri, para hakim Masterchef Asia: Susur Lee, Audra Morrice, Bruno Menard
Tiga dari kanan, peserta Malaysia: Jasbir Kaur, Sophia Zulkifli dan Marcos Low

Puan Jasbir Kaur, 54, merupakan suri rumah tangga yang menjadi pilihan Zam sebab dia ni baya mak-mak kita. Tambahan pula, Zam suka masakan India (Punjabi pun boleh masuk sekali), jadi Zam nak tengok apa yang dia akan persembahkan dalam Masterchef Asia.


Ibu muda berusia 30, Sophia amat suka memasak untuk keluarga dan rakan-rakannya. Dia berharap agar suatu hari nanti dia dapat memasuki bidang kulinari sebagai seorang pengkritik makanan dan chef.


Marcus Low, peserta paling muda dari Malaysia ini (24) merupakan Pegawai Bank yang berharap dapat memulakan kariernya dalam dunia kulinari menerusi Masterchef. Dia mendapat inspirasi dari -chef-chef terkenal dan dari hidangan moden.


Apa yang Zam tertarik dengan rancangan ini ialah, salah seorang dari juri adalah peserta dari Masterchef Australia Musim Ke 4, iaitu Audra Morrice. Audra Morrice merupakan pemenang tempat ketiga bagi musim tersebut, dan merupakan rakan baik kepada Amina El Shafei, peserta tunggal Muslim Australia yang bertanding dalam musim yang sama. Amina ni, peserta faveret Zam sampai sekarang ;)





PS: Dari awal lagi bila dapat tahu tentang Masterchef Asia ni, Zam harap sangat kalau boleh Amina EL Shafei tu muncul dalam 1 episod... Kalau boleh la.. Sebab Amina ni hebat memasak masakan Korea kerana berasal dari keluarga campur Arab-Korea.

Dan lepas ni, Insya Allah Zam akan ulas beberapa episodnya di masa akan datang ;)

2 comments: