Assalamualaikum readers..
Sebenarnya ini ulasan untuk episod minggu lepas- 17 September 2015. Zam lewat mengemaskini ulasan episod ke 3 Masterchef Asia kerana pada hari tersebut Zam baru sahaja tiba di Kuching setelah berkursus 4 hari di Rembau, Negeri Sembilan. Sempat sebenarnya menonton minit-minit terakhir episod tersebut sebaik sahaja sampai ke rumah dari airport Kuching, tapi sebab keletihan dan disambung pula dengan kesibukan untuk pulang ke KL sempena cuti sekolah, Zam tak sempat & terlupa terus untuk menulis entri ini.
Adakah Para Juri Mula Pilih Bulu?
Apapun, kali ini peserta dari Indonesia- Stefan Pratama yang pernah menuntut di USA dan Singapura yang tersingkir. Keputusan para juri yang memilih beliau adalah kerana dalam cabaran episod ini, beliau gagal menampilkan rasa halia dalam sup yang menjadi bahan utama dalam cabaran cipta rasa.
Namun sebelum itu, terdapat dua lagi peserta lain bersama Stefan di kedudukan 3 tercorot. Salah seorangnya adalah peserta yang menjadi kegemaran ramai Lennard Yeong.
Lennard dan Stefan masing-masing menerima komen negatif intuk sup yang mereka hasilkan. Sup Lennard terlalu ringkas dan bahan yang digunakan terlalu sedikit, manakala sup Stefan lebih menumpukan lobak merah sebagai bahan utama berbanding halia. Persamaannya adalah, kedua-dua mereka tidak dapat membangkitkan rasa halia dengan baik dalam hidangan yang dipersembahkan.
(sumber)
Pada mulanya Zam sangkakan Lennard yang akan tersingkir memandangkan supnya terlalu ringkas berbanding Stefan. Namun sebaik sahaja Steffan diumumkan tersingkir, rasa agak terkejut juga. Terlintas difikiran, adakah para juri mula pilih bulu memandangkan Lennard merupakan peserta kegemaran berdasarkan prestasinya sebelum ini? (Tambahan pula, penampilan Lennard lebih bergaya dari peserta lain, ringkas kata-kacak bergaya).
Peserta Malaysia Ungguli Dua Cabaran Dalam Episod 3
Apa yang menarik, peserta dari Malaysia Marcus Low berjaya memenangi cabaran Kotak Misteri pertama bagi siri Masterchef Asia, yang seterusnya membawa kepada kelebihan kepada beliau untuk memilih bahan utama untuk pusingan seterusnya~ Cabaran Cipta Rasa. Beliau dianggap bertuah kerana untuk Cabaran Cipta Rasa ini, hidangan beliau sekali lagi memenangi hati juri. Amat jarang sebenarnya dalam mana-mana siri Masterchef sebelum ini, peserta yang memenangi Cabaran Kotak Misteri akan menang sekali lagi dalam Cabaran Cipta Rasa. Kerana kebiasaanya, mereka yang berjaya dengan Kotak Misteri akan gagal mempersembahkan yang terbaik dalam Cipta Rasa.

No comments:
Post a Comment