e

Monday, September 28, 2015

Masterchef Asia 2015 Episod 4: Penyediaan Masakan Melayu, Cina Dan India, Peserta Dari China Tersingkir

Assalamualaikum readers

Ini adalah ulasan untuk episod minggu sebelum ini- 24 September 2015. Untuk menonton episod 5, nantikan kemunculan rancangan Masterchef Asia di saluran 709- Lifetime pada pukul 9 malam. Rancangan ini dijadualkan bersiaran sebanyak 15 episod, dengan menampilkan peserta dari 8 buah negara Asia. 

Dalam episod ke 4 Masterchef Asia, 12 peserta telah diberikan tugasan menyediakan makanan berkonsepkan street food dalam cabaran berkumpulan. Setiap kumpulan diwakili 4 peserta yang diputuskan melalui cabutan undi. 

Di sebalik tabir episod 4 (sumber)

Ini menjadikan Kumpulan Biru- yang diketuai oleh Marcus Low (Malaysia) bersama Woo Wai Long (Singapura), Sandrian Tan (Singapura) dan Lica Ibarra (Filipina) diberikan tugasan menyediakan masakan India.

Kumpulan Hijau yang diketuai oleh Blanche (Taiwan) disertai oleh Lennard (Singapura), Rico (Filipina), Priya (India) dan . Apa yang menarik, mereka perlu menyediakan masakan Melayu yang agak asing bagi mereka, dan peserta yang berpengalaman untuk menjayakan cabaran ini adalah Lennard yang berasal dari Singapura.

Seterusnya, Kumpulan Merah diberikan tugasan menu Cina dengan dianggotai oleh Puan Jasbir (Malaysia), Doan (Vietnam), Vonny yang memegang tanggungjawab sebagai ketua (Indonesia) & Alice (Cina). Kumpulan ini dilihat mempunya kelebihan kerana hanya kumpulan Merah yang mempunyai peserta dari negara yang bertepatan dengan tema masakan Cina yang diberikan. 

Peserta dari Tanah Besar China Tersingkir dalam Tema Masakan Cina

Namun segala strategi dilihat tidak dapat membantu kumpulan Merah apabila berada di kedudukan tercorot dalam episod kali ini. Beberapa peserta dilihat mempunyai kesilapan masing-masing, namun peserta dari China- Alice yang diputuskan oleh juri untuk menamatkan perjalanannya di dapur Masterchef Asia.

PS: Kadang-kadang, mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan latar belakang tidak dapat membantu kerana ada masanya, mereka akan membuat kesilapan juga. Rancangan Masterchef bi juga banyak bergantung kepada nasib- itu apa yang Zam dapat lihat bila selalu menonton rancangan realiti ini.

Alice- Peserta dari China (sumber dari MSN)

No comments:

Post a Comment