e

Tuesday, October 27, 2015

Adakah Anda Blogger Yang Tak Sempat Update Blog Di Waktu Pagi?

Assalamualaikum readers

Ada tak rakan blogger disini, yang tidak mempunyai masa untuk menguruskan blog di awal pagi? Maksudnya, menulis dan menyediakan isi cerita yang diinginkan ke dalam entri terbaru. Kalau ada, kita sama. 

Kenapa itu berlaku? Jawapannya tak lain tak bukan, kerana kita mempunyai komitmen lain yang lebih penting di tempat kerja. Itu bagi yang bekerjaya terutamanya di jabatan-jabatan kerajaan. 

Ralat juga rasanya jika ingin menulis waktu pada waktu itu, kerana ketika itulah masa menuntut kita melakukan kerja-kerja lain yang lebih penting di pejabat.

Melainkan, pada waktu rehat di sebelah petang dimana kita tidak mempunyai tugasan yang urgent. Itupun ketika benar-benar ada idea yang ingin diluah. Jika tiada, memang tak akan sentuh langsung blog.

Tapi tentunya pada waktu itulah ramai pembaca blog yang bertebaran mencari artikel menarik untuk dibaca. Kita mahukan trafik dari pembaca yang tinggi, tapi tidak sempat menghasilkan entri di awal pagi, jadi apa yang perlu dilakukan?

Cadangan Zam, kita tulis terlebih dahulu idea yang ingin disampaikan pada sebelah malam, sehari sebelumnya. Tetapkan waktu terbitannya (publish) pada waktu pagi keesokannya dengan menggunakan aplikasi schedule:


Langkah-langkah:

Tulis dahulu satu entri yang lengkap

Klik Schedule

Klik Set date & time

Pilih tarikh, dan tetapkan masa

Klik done

Klik publish

Selesai! Entri anda hanya akan diterbitkan pada masa yang telah ditetapkan ;)

4 comments:

  1. saya pun biasa buat macam ni terutama bila banyak sgt nak cerita dalam banyak post dan mood tengah beria. nampak macam hari2 update padahal sehari je pastu scheduled kan je heheheh

    ReplyDelete