e

Wednesday, October 28, 2015

Menarik Cara Susunan Hidangan Masakan Minangkabau Dari Padang Ini

Assalamualaikum readers..

Pernah dulu, Zam menonton filem mengenai masakan dari Indonesia, Tabula Rasa di Astro. Menerusi jalan cerita yang santai namun sarat nilai-nilai kehidupan, ditambah dengan seni videografi yang cun, buatkan filem tu seronok ditonton bagi peminat filem genre seperti itu.

Tambah pula, cara hidangan masakan Minangkabau dari Padang yang ditunjukkan dalam filem tu buatkan Zam rasa terliur nak makan.. Tak pernah lagi rasanya menikmati masakan Minangkabau yang asli ni. 


Apa yang Zam perasan dalam filem tu, cara susunan pinggan-pinggan lauk pauk bila dihidangkan di depan pelanggan bila mereka mengunjungi mana-mana restoran Nasi Padang. Bertindan-tindan macam dalam gambar-gambar kat bawah ni. Perasan?


Biasanya kalau di negara kita, pinggan-pinggan lauk ni ditindan bila kita hendak menutupnya di bawah tudung saji, supaya muat kesemua pinggan mangkuk tu. Kalau pergi kedai makan pun, biasanya kita ambil sendiri mana-mana lauk yang kita suka, dan penuhkan kesemuanya dalam satu pinggan bersama nasi.

Tapi yang ini ditindan kerana terlalu banyak juadah. Lagi banyak, lagi meriah, lagi menambahkan selera. Dan cara hidangan begini semestinya memerlukan kita menikmatinya beramai-ramai. Dengan keluarga, ataupun rakan-rakan. Dalam masa yang sama, dapat mengeratkan sillaturahim. Betul tak?

1 comment: