e

Tuesday, October 20, 2015

Bila Tiba-Tiba Diberikan Cuti

Assalamualaikum readers.

Biasanya kita akan bercuti untuk hari perayaan atau cuti umum yang lain. Paling tidak pun, kita akan mohon cuti dari majikan mengikut polisi jabatan masing-masing. 

Tapi kalau diberikan cuti secara mengejut, tu memang sangat-sangat jarang berlaku kan?

Biasanya, atas situasi yang macam mana kita diberikan cuti tiba-tiba ni, tanpa memohonnya? 

Zam nak tahu juga pandangan pembaca yang mempunyai latar belakang bidang pekerjaan yang berbeza dari Zam sebagai cikgu.

Tentang tajuk entri tu, sebenarnya berlaku pada Zam.

Petang Ahad, lepas je selesai mengemas rumah di hujung minggu, Zam dapat panggilan telefon dari seorang rakan yang memaklumkan Isnin (semalam) beberapa sekolah ditutup berikutan IPU yang tidak sihat di beberapa negeri termasuklah daerah Kuching.

Lega juga dengar, sebab Ahad tu Zam sibuk dari pagi sampai malam. Pagi ke tutorial OUM, dan petang Zam mengemas rumah bersama rakan-rakan. Sempat juga dalam masa yang sama, Zam sediakan dan masakkan dumpling untuk mereka.

Tentang dumpling tu, mungkin akan dikongsikan dalam entri lain selepas ini. 

Ini pun, dapat tahu yang cuti bersambung ke hari ini (Selasa). Rezeki..

Selamat bercuti ;)

5 comments:

  1. cuti tiba2 bila bos beri surat resign 24 jam.. hehe..

    ReplyDelete
  2. hari ni jgn pulak sambung cuti :)

    ReplyDelete
  3. Bestnya cuti. Saya pulak terpaksa pergi ke class hari nie. Badan jak yang dibawak ke kelas. Otak ngan hati masih ada membuta kat katil.

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. cuti tiba2 tu rezeki...gunakan masa sepenuhnya duk rumah...layan anak2. tak perlu keluar rumah sebab kalau keluar je mesti badan penat

    rambut lebat bersinar

    ReplyDelete