e

Wednesday, October 21, 2015

Bila Zamani Buat Parti


Assalamualaikum readers

Lewat petang emalam (Selasa) bila dapat tahu yang keesokannya (Rabu) kami dapat cuti lagi disebabkan jerebu yang teruk, Zam rancang nak ajak member-member ke rumah sebelah malam layan Jurassic World. Alang-alang, sebab filem tu masih berbaki hampir 12 jam lagi di Astro Best. Kiranya, tengok 'wayang' di rumah lah ni. Dalam masa yang sama, mesti hidangkan sesuatu juga kan?

Jadi Zam ke Emart, pasaraya berhampiran rumah Zam mencari snek dan minuman.
Kebetulan Zam belum makan malam, rasa nak makan sesuatu yang mengenyangkan, dan Zam terjumpa pau segera di sana. Inti kaya, macam sedap je, jadi Zam beli sepeket.

Balik ke rumah, member-member dah datang, jadi sambil biarkan mereka layan Jurassic World, & Zam ke dapur sediakan koktel Revive campur Ribena & kukus pau tu. Ni ala-ala parti kononnya, tapi dalam skala kecil.

Readers blog Zam pun mesti ada yang suka ajak kawan-kawan ke rumah, & menjamu mereka kan? Sama ada masak sendiri, atau beli sahaja juadah yang ada dijual di gerai-gerai.


2 comments:

  1. kalau tempah kuih kat kawan-kawan pun ok kalau nak ajak kawan-kawan cam ni.kalau tak nak lebih segera lah kan...

    ReplyDelete