e

Friday, October 16, 2015

Masterchef Asia 2015 Episod 7: Hampir-Hampir Peserta Dari Malaysia Tersingkir

Assalamualaikum readers

Episod 7 Masterchef Asia malam semalam menyaksikan 9 peserta yang tinggal menjalankan tugasan menyediakan makanan secara bebas dan tidak bertema. Namun, berlainan dengan format sebelumnya, peserta dalam episod kali ini dinilai dengan melihat jumlah wang derma yang terbanyak yang mampu diperolehi setiap seorang dari mereka dengan masakan yang dihasilkan. Orang awam turut dijemput bersama bagi mengumpul dana yang diperlukan. 

Kutipan derma berikut dijalankan sempena World Food Day pada 16 Oktober 2015 bagi menampung perbelanjaan menyediakan makanan yang sihat untuk kanak-kanak yang tidak bernasib baik.


Beberapa peserta berjaya menyediakan beberapa menu yang menarik orang ramai ke gerai mereka, namun terdapat juga beberapa peserta yang berisiko untuk disingkirkan dalam episod kali ini kerana kesilapan yang berlaku dalam penyediaan makanan, terutamanya membuat perkiraan yang salah dalam menentukan amaun makanan yang perlu disediakan untuk memenuhi keperluan pengunjung yang ramai.
Antaranya adalah peserta Taiwan, Blanche yang menyediakan pasta terlalu sedikit, dan dalam 10 minit dia telah kehabisan pasta dan terpaksa menghidangkan lebihan kuah tomato sahaja kepada pengunjung.

Peserta dari Singapura, Leong juga kehabisan bahan utama dalam menunya akibat kecuaian yang berlaku ketika tempoh penyediaan-apabila dia dengan tidak sengaja menumpahkan hampir separuh bahan tersebut ke atas lantai.

Peserta dari Malaysia, Puan Jasbir menyediakan hidangan capati yang lazat, malah disukai oleh juri keana menyediakan 'masakan dari hati' yang menarik perhatian mereka, namun kerana kekurangan inti untuk capati tersebut, beliau juga berisiko mendapat dana yang paling rendah.

Peserta dari India, Priya mungkin menghasilkan strategi yang memakan diri sendiri apabila menyediakan cupcake yang kelihatan simple. Antara hidangan savuri dan manis, semestinya pengunjung akan lebih tertarik pada hidangan savuri terlebih dahulu, dan hanya di akhir waktu baru hidangan manis dipilih sebagai pencuci mulut. Ini menyebabkan tidak ramai pengunjung yang ke gerainya dan berisiko mendapat dana yang paling sedikit.

Akhirnya, setelah tempoh menghidang tamat dan pengunjung bersurai, keputusan 3 peserta tercorot diumukan oleh juri.

Mengejutkan apabila Puan Jasbir dari Malaysia berada dalam kedudukan itu kerana masakannya mendapat pujian juri, dan sebelum ini beliau sering berada dalam kedudukan 3 Teratas.

Bersama Puan Jasbir adalah Priya dari India dan Blanche dari Taiwan.

Namun, terdapat kejutan pada episod 7 apabila tiada penyingkiran berlaku. Ini adalah kerana mereka telah memasak dengan baik untuk tujuan mengutip derma bagi kanak-kanak yang memerlukan.



No comments:

Post a Comment