e

Thursday, October 15, 2015

Job Photographer Majlis Pertunangan


Assalamualaikum readers..

Dalam kesibukan bercuti baru-baru ni (cuti pun sibuk.. sibuk dengan program bersama family), Zam sempat ambil satu job sebagai jurukamera majlis pertunangan. Yang bertunang tu, adik kepada rakan Zam di Kelantan, jadi dia minta Zam handle bab fotografi semasa majlis tu berlangsung.

Jadi jurukamera ni, satu perkara yang tak boleh ada pada mereka adalah sifat malu. Sebab tu, kena jadi mesra alam & tak malu untuk melintas depan orang ramai sebab nak dapat angle yang diinginkan. Cuma kena ingat, sopan santun tu perlu dijaga.. Nak melintas depan orang tu nak nak lagi orang tua, kena minta izin dulu.. Walaupun jadi jurukamera ni macam ada lesen besar nak ke hulu hilir, perkara macam menjaga kesopanan dan kesusilaan tu wajib ada. 

Siapa setuju angkat tangan & tinggalkan komen! Hehe


3 comments:

  1. biasa lens awak pakai apa. sje nak bertanya

    ReplyDelete
  2. lepas ni dah boleh ambil part time job kan zam..mahirkan lagi untuk menjadi photographer yang pro..

    ReplyDelete