e

Wednesday, October 21, 2015

Puasa Hari Asyura 22 & 23 Oktober 2015

Assalamualaikum readers..

Tadi ada rakan yang mengingatkan tentang puasa Asyura di FB, jadi Zam rasa nak kongsikan juga di sini untuk manfaat bersama. Mana-mana yang berkesempatan tu, bolehlah berpuasa 2 hari mulai esok sehingga Jumaat.


Diambil dari FB Dr. Zaharuddin Abd Rahman:

Selamat berpuasa sunat bagi mereka yang sempat berpuasa hari Khamis (9 muharram - 22 Okt) dan Jumaat (10 Muharram - 23 Okt). Imam Syawkani & Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11. Ganjarannya ?
Abu Qatadah al-Ansari radiallahu ‘anhu berkata:
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ ” يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

Baginda ditanya tentang puasa hari Asyura. Baginda menjawab: ia menghapuskan dosa setahun yang lalu.
[Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, hadis no: 2603]
‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata:
حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa di hari ‘Asyura dan menyuruh manusia berpuasa padanya. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya ia merupakan hari yang orang Yahudi dan Kristian agungkan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Pada tahun hadapan, Insya-Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan Muharram. Akan tetapi, pada tahun berikutnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah meninggal dunia. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, hadis no: 1916]

2 comments:

  1. inshaaAllah..semoga diberi kesihatan yg baik utk berpuasa pada hari2 tersebut walaupun jerebu

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam abg zamani. selamat berpuasa

    ReplyDelete