e

Monday, November 2, 2015

Ketam Masak Lemak Cili Lawan Ikan Sebelah Goreng Rangup


Assalamualaikum readers..

Baru-baru ni, musim ketam melanda beberapa bahagian di Sarawak. Biasanya pada musim tu, ramai yang akan turun ke laut menahan pukat, termasuklah yang bukan nelayan. Dan hasilnya, memang lumayan jika mereka bernasib baik menjumpai lubuk ketam.

Kebetulan pula, minggu lepas Zam teringin nak makan ketam ni bila ia dijual dengan harga RM8 sekilo (untuk ketam bersaiz kecil). Dapatlah dalam 9 ekor, dan Zam bercadang nak masak semuanya sekali. Bolehlah mengajak dan menjamu rakan di rumah.

Dan kebetulan pula, ada ikan sebelah yang dijual di pasar tersebut. Ikan ni sedap, lembut isinya bila digoreng, tak liat, dan Zam suka goreng dengan tepung, garam dan sedikit lada hitam. Perahkan lemon ke atasnya, akan jadi lebih sedap.

Jadi, bila sesuatu yang lemak seperti kuah Gulai Lemak Ketam bertemu dengan sesuatu yang digoreng rangup, memang gabungan yang menyelerakan..

PS: Nak masak ketam tu, Zam terlupa resepi.. Kena telefon ibu Zam di Serdang untuk bertanyakan cara membuatnya. Duduk seorang diri di Kuching, macam ni lah cara nak hilangkan kebosanan. Memasak, dan ajak rakan makan di rumah bersama.

3 comments:

  1. sedap ni kalau ada sambal belacan sekali kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh eh? tak pernah cuba... mesti best!

      Delete
  2. sedapnya. dah lama tak makan ketam masak lemak cili padi. nyum..nyum.. esok kena buat ni

    ReplyDelete