e

Monday, November 2, 2015

Pemain Piala Ragbi Dunia Dari Pasukan All Blacks Ini Seorang Muslim

Assalamualaikum readers

Mungkin ramai juga pembaca yang tahu baru-baru ini telah berlangsungnya perlawanan akhir ragbi piala dunia diantara pasukan Australia dengan New Zealand. Pasukan New Zealand yang lebih dikenali dengan nama All Blacks itu menjuari Piala Ragbi Dunia tersebut, dengan keputusan 34 berbalas 17 mata.

Namun, apa yang menariknya, mungkin ramai yang tidak tahu 2 kisah menarik disebalik kejuaraan tersebut.

Pertama, Kisah Remaja Dikasari Pengawal Terima Pingat Emas Dari Pemain All Blacks


Pasukan dari New Zealand itu sedang melakukan pusingan penghormatan mengelilingi padang di stadium, ketika seorang remaja yang merupakan peminat All Blacks berlari keluar ke arah pemain Sonny Bill Williams, tetapi telah ditolak oleh seorang pengawal keselamatan sehingga remaja tersebut terjatuh.

Kasihan melihat remaja tersebut, Bill membawa remaja itu kembali kepada keluarganya dan mengalungkan pingat emas yang diperolehinya ke leher remaja berusia 14 tahun itu. Alasannya, Bill mahu menjadikan malam kemenangan itu lebih bermakna kepada remaja tersebut.


Kisah kedua ialah, pemain tersebut- Sonny Bill Williams merupakan seorang Muslim


Untuk mengetahui info tentang pengislamannya, boleh baca di sini: Sonny Bill Williams: Islam Brings Me Happiness

Memetik sedikit info dari pautan tersebut: Bill dikatakan memeluk Islam apabila berkenalan dengan satu keluarga Tunisia beserta 5 orang anak di sebuah rumah kecil di Perancis. Apabila ditanya, ini lah jawapannya mengapa pertemuan itu menarik perhatiannya:

"I was real close with them, and I saw how happy and content they were. And to see how they lived their lives, it was just simple," Sonny Bill Williams, a prodigious rugby talent, professional boxer and tattooed poster boy.


Walaupun bertatu, harus diingat beliau memeluk Islam selepas beliau bertatu.

1 comment: