e

Monday, December 7, 2015

Masakan Padang Ikan Balado Dan Terung Balado


Assalamualaikum readers.

Balik dari OUM Bangi tadi selepas exam, Zam ke kawasan gerai makanan yang lebih dikenali sabagai 'padang' di Taman Sri Serdang. Semenjak pulang dari Kuching hari tu, ini kali pertama Zam ke sana. Dekat je dengan rumah sebenarnya, tapi Zam tak sempat pergi lagi.

Cuma kali ni, Zam dah betul-betul terliur nak makan sesuat yang pedas dan bercili. Jadi, ternampak dalam menu yang dihidangkan di sebuah gerai ni, ada ikan talapia dan terung yang dimasak dengan cili. Memang itu cara masakan yang digemari selama ni.

Tapi selama ni, tak sedar pun itu sebenarnya cara masakan dari Padang Indonesia yang dikenali sebagai masak Balado (mungkin bahasa Minangkabau yang bermaksud Berlada). Jadi menu diatas tu dapatlah hilangkan rasa mengidam nak makan masakan Padang, nak-nak lagi lepas menonton filem Tabula Rasa.

2 comments: