e

Sunday, December 6, 2015

Jangan Letak Telefon Pintar Atau Tab Anda Di Sini


Assalamualaikum readers..

Topik kali ni dah lama Zam nak kongsikan, cuma baru hari ni teringat balik.

Mungkin ramai juga antara kita yang suka on gadget macam telefon pintar atau tab masa berada dalam flight, dengan airplane mode sambil bermain dengan aplikasi di dalamnya. Atau, pada saat kapal terbang nak berlepas, korang off telefon & tab, dan terus letak ke dalam poket kerusi yang disediakan di depan. Dan aksi spontan macam tu sebenarnya mudah untuk dilupakan oleh penumpang.

Sebab kita ni kadang-kadang mudah lupa, nak-nak lagi masa nak rushing keluar dari kapal terbang sebaik sahaja mendarat, risiko tertinggal gadget kita dalam poket tu memang tinggi. Pernah berlaku depan Zam, seorang penumpang ni terlupa tab dia dalam sarung tu. Zam pun tak perasan mulanya, smapailah dia patah balik untuk ambil tab tu. Mujur dia teringat sebelum terlewat.

Tapi malang untuk rakan Zam, dia pernah terlupa telefon yang ditinggalkannya di dalam tu, dan telefon tu dah hilang. Jadi, sama-sama lah kita beringat ya.

1 comment: