e

Sunday, December 6, 2015

Jualan Murah Baby Kiko, John Master & Schwazenbach Hari Terakhir


Assalamualaikum readers..

Selepas selesai kertas ke 2 di OUM Bangi pagi tadi, Zam ke Puchong pula untuk melihat sendiri jualan warehouse yang berlangsung di pejabat jenama pakaian Kiki, John Master dan Schwarzenbach. Dalam masa yang sama, sempat beli sepasang 2 baju untuk diri sendiri. Murah je, tak mahal untuk kualiti baju yang ok.

Promosi ni dah berlangsung sejak 27 Nov, tapi Zam baru dapat tahu hari ni. Apapun, better late than never kan?

Paling best, bila ada sebilangan pakaian kanak-kanak yang dijual pada harga RM5. Masih elok dan cantik. Jadi tak ada masalah untuk beli. Bila dah campur-campur dengan pakaian yang dibeli, dalam 13 helai, jumlah yang perlu dibayar adalah RM180.

No comments:

Post a Comment