e

Wednesday, January 20, 2016

Bila Anak Murid Lukis Gambar Ibunya

Assalamualaikum readers

Minggu ini, murid-murid tahun 1 masih dalam program transisi di sekolah. Maknanya, mereka belum lagi memulakan pembelajaran di sekolah mengikut silibus matapelajaran, tetapi lebih kepada sesi suai kenal menerusi beberapa aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah.

Tiba giliran Zam semalam, Zam kena membantu anak muird menghasilkan boneka ibu dan ayah meraka. Jadi bila ditanya samada dia ingin melukis ibu atau ayah, pilihannya adalah ibu. Jadi Zam biarkan dia melukis wajah ibunya di atas kertas sebelum dipotong dan dijadikan boneka.



Dan hasilnya.... Hmm... Zam tertanya-tanya, adakah Zam salah bagi arahan.. Sebab wajah yang dilukis lebih mirip kepada wajah adiknya..


3 comments: