e

Thursday, March 17, 2016

Goodbye Fukumaru

 Goodbye Fukumaru

Assalamualaikum readers.

Sebelum ni, Zam pernah kongsikan di blog tentang keakraban seorang nenek dengan seekor kucing yang dibelanya sejak kecil di entri ini. Nenek tersebut, Misao dan kucing yang diberi nama Fukumaru sentiasa dilihat bersama-sama ketika menjalankan aktiviti seharian, dan kesemua gambar tersebut diambil oleh cucu Misao yang menuntut di Institut Fotografi Jepun. Koleksi gambar tersebut turut dibukukan, dan gambar-gambar tersebut popular di seluruh dunia.

Namun, sayangnya bila Fukumaru telah menghembuskan nafasnya yang terakhir baru-baru ini, dan kisahnya menjadi viral di FB sejak semalam. 

Ketika itu, Fukumaru telah mencapai usia belasan tahun, satu usia yang boleh dikira sebagai usia emas bagi seekor kucing.

Gambar terakhir di dalam entri ini, adalah gambar terakhir Fukmaru bersama nenek Misao. Kasihan nenek Misao.. Tak ada lagi teman comel yang akan mengikutnya dari kehulu kehilir melakukan kerja-kerja kampung.




1 comment: