e

Thursday, March 17, 2016

Reputasi Rayani Air Tercalar Lagi: Batalkan Penerbangan Kota Bharu-Kuala Lumpur-Kota Bharu 16 Mac 2016

Assalamualaikum readers

Rayani Air buat hal lagi. Kalau sebelum ni penerbangan dari Langkawi pernah dibatalkan dan mencetuskan kekocahan, kali ini berlaku lagi hal yang sama. Ini sebenarnya adalah pengalaman Zam sendiri yang berlaku pada hari ini (16 Mac 2016).

Sepatutnya hari ini, ibu Zam akan terbang ke Kota Bharu dari KL dengan Rayani Air pada pukul 5 petang. Tapi sekitar tengah hari tadi, Zam terima email yang mengatakan penerbangan tersebut ditunda ke pukul 8 malam.



Tidak lama kemudian, Zam dimaklumkan sekali lagi yang penerbangan tersebut ditunda ke pukul 11.10 malam pula. Bila 2 email pertukaran masa diterima dalam tempoh masa yang dekat, Zam dah mula rasa pelik & tidak berpuas hati. Namun masa tu Zam masih belum terfikir yang situasi akan bertambah lebih buruk.

Akhirnya, pada pukul 8 malam, ketika kami bersiap-siap untuk ke lapangan terbang, Zam terima email terakhir yang mengatakan penerbangan telah dibatalkan. Marah dan geram, Zam hubungi pihak Rayani Air seperti yang tertera.  Jikalau dilihat pada email yang diberikan, permohonan maaf mereka seperti melepaskan batuk di tangga. 

Thats it? Thats all you can say after causing us so much trouble??


Pihak mereka mengesahkan pembatalan tersebut, dan mengatakan mereka bolehmenukarkan jadual penerbangan atau mengembalikan wang pelanggan. Serik dan trauma perkara tersebut akan berlaku lagi, Zam pilih untuk refund. Maaf, selepas ini tiada lagi Rayani Air.

Dalam masa yang sama, Zam dapat tahu penerbangan RN165 dari Kota Bharu turut dibatalkan pada hari ini. Jika anda mahu mencari kisah mengenainya, letak sahaja #rayaniair di Facebook, dan banyak lagi kisah pembatalan yang berlaku pada hari ini.
 

2 comments:

  1. dah kenapa pulak jadi mcm nie..hmmm..org nak bantu dia naik tapi dia yg nak jatuhkan syarikat dia sendiri..

    ReplyDelete
  2. Nampaknya kene return la tiket balik raya nanti kch-kul,kul-kch.nanti x pasal2 x dapat raya

    ReplyDelete