e

Showing posts with label Jerebu. Show all posts
Showing posts with label Jerebu. Show all posts

Sunday, October 4, 2015

Jerebu: Semua Sekolah Diarah Tutup 2 Hari Kecuali 4 Negeri


Jerebu: Semua Sekolah Diarah Tutup 2 Hari Kecuali 4 Negeri.

Assalamualaikum readers.

Baru baru ni ada Zam terfikir, agaknya adakah sekolah sekolah akan ditutup lagi berikutan jerebu yang makin teruk di Kuala Lumpur. Tapi dalam masa yang sama, risau juga jika berulangnya penyebaran kenyataan media dari KPM yang palsu.

Apapun, kali ini sumber datangnya dari punca yang sahih. TV3 dan Berita Harian Online antara yang menyebarkan perkara ini.

Nantikan kenyataan media yang akan dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia nanti.

4 buah negeri yang dikecualikan dari cuti adalah Kelantan, Sarawak, Sabah dan Labuan.


Monday, September 28, 2015

Jerebu: Sekolah Di Kawasan Terjejas Dibuka Seperti Biasa Esok

Sekolah Di Kawasan Terjejas Jerebu Dibuka Seperti Biasa Esok
29 September 2-15

Kenyataan Media
Kementerian Pendidikan Malaysia



Assalamualaikum readers.

Setelah beberapa sekolah di beberapa negeri dan bahagian di seluruh Malaysia ditutup hari ini disebabkan bacaan IPU yang tidak sihat, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyiarkan kenyataan media berkenaan status persekolahan di tempat yang dinyatakan pada 29 September 2015 (Selasa).

Dengan ini adalah dimaklumkan, kesemua sekolah yang telah ditutup pada hari ini- 28 September akan dibuka seperti biasa pada esok- 29 September berikutan penurunan bacaan IPU tersebut.

PS: Zam sebenarnya baru sahaja tiba di Kuching semalam (Ahad) setelah bercuti 9 hari di Semenanjung sempena Cuti Pertengahan Penggal 2 baru-baru ini. Bila dapat cuti hari ini (Isnin) selepas sekolah ditutup, Zam rasa lega sangat sebab dapat berehat lebih lama sebelum mula bertugas esok. 

Monday, June 24, 2013

Gambar Yang Menjadi Viral Di FB Hari Ini


Korang nampak tak apa yang Zam nampak??? Haha

Akibat jerebu yang melanda di kebanyakan tempat hari ini, gambar diatas tersebar dengan meluas di FB.. Hehe.. Malaysian memang tak bleh dipisahkan dengan prank Ultraman kan? Btw pada rakan-rakan yang berada di kawasan yang terus terjejas dengan jerebu ini, harap dapat ambil langkah berjaga jaga yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan anda. Jangan keluar sangat ye masa masa macam ni.. ;)