e

Showing posts with label Photography. Show all posts
Showing posts with label Photography. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

Kupu-Kupu Gergasi Warna Jingga


Assalamualaikum dan selamat malam.

Pernahkah anda terserempak dengan serangga ini di mana-mana? Bila dapat dilihat dari dekat, memang ia nampak menakjubkan. Selama ini Zam hanya melihatnya di dalam majalah atau internet, tapi bila Zam temuinya di depan mata sewaktu Zam hendak mengangkat kain dari jemuran di belakang rumah, Zam terus capai kamera dan mengambil gambar. Dari dekat, serangga ini memang menakjubkan. Macam alien pun ada!

Monday, August 18, 2014

Dah Lama Tak Bermain Dengan Bokeh


Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin semua. Entri hari ini dimulakan dengan sesuatu yang santai. Gambar kat atas tu, Zam ambil di airport Kuching sebelum balik ke KL untuk berkursus minggu lepas. Sambil-sambil tu, Zam sempat bermain dengan efek bokeh. Lama dah tak main.. 

Bokeh ni, bahasa Jepun yang bermaksud 'kabur'. Boleh buat efek bokeh ni guna kamera dslr. Jadi bila cahaya lampu tu dikaburkan, nampak lah jadi kembang-kembang je cahaya tu :)

Dua-dua gambar diatas tu gambar yang sama. Cuma untuk gambar kedua, Zam gunakan efek bokeh. Kalau tak gunakan efek bokeh ia akan jadi macam gambar pertama.

Thursday, April 3, 2014

Dah Lama Tak Bermain Bokeh | Lampu Apakah Di Dalam Gambar Zam ini?

Assalamualaikum & selamat tengah hari semua.

Bokeh yang Zam tulis dalam tajuk tu sebenarnya perkataan Jepun, yang bermaksud 'kabur'. Biasanya, kesan bokeh/kabur ni dihasilkan dengan lensa kamera tertentu. 

Secara mudah, objek di depan (dalam gambar) akan kelihatan sangat jelas, manakala objek di belakang akan menjadi kabur.

Contohnya dalam gambar Zam di bawah ini. Tangan Zam kelihatan jelas, manakala objek di belakang tangan Zam tu jadi kabur. Itulah yang dimaksudkan 'bokeh'.

Lebih menarik lagi, jika objek di belakang tu ialah lampu berwarna warni. Kesan kabur/bokeh tadi akan menjadikannya cahaya lampu tersebut kembang dan bulat.

Soalan Zam untuk menguji blogger: Dapatkah anda meneka lampu apakah yang Zam jadikan latar dalam gambar pertama & gambar kedua?

Klu: Perayaan di Malaysia.

gambar pertama

Saturday, January 4, 2014

Berkongsi Minat Yang Sama Untuk Memulakan Blog

baca artikel penuh di SINI.


Rasanya dulu Zam pernah terbaca pendapat blogger Hasrul Hassan mengenai kelebihan jika seorang blogger mempunyai minat dalam fotografi. Dan jika tak salah, beliau juga mempunyai blog khusus untuk fotografi. Jadi tadi Zam tercari-cari semula artikel mengenainya di blog beliau untuk mengorek semula isi pendapat tersebut, dan melalui ruangan carian di sana, Zam terjumpa satu artikel mengenai kisah bagaimana saudara Hasrul Hassan boleh terjebak ke dunia blog.

Blog Jadi Tempat Mempersembahkan Hasil Kreatif Menerusi Lensa Kamera

Tuesday, September 3, 2013

Sertai Pertandingan Menghias Taman Orkid

Assalamualaikum dan selamat petang. Zam dan rakan baru saja pulang dari menyertai aktiviti yang Zam nyatakan diatas di Taman Orkid Kuching. Memang penat, nak nak lagi dalam cuaca panas.. Insya Allah, Zam akan updatekan gambar proses membuat taman tersebut. Sekarang, dalam perjalanan pulang ke rumah.

Thursday, April 25, 2013

HAPPY BELATED BIRTHDAY Kepada Pemberi DANBO



Assalam & Selamat Tengahari. Entri hari ini dimulakan dengan ucapan Selamat Hari Jadi buat seorang rakan baik Zam yang masih menetap di Jepun sejak sedekad yang lalu. Kami berkawan sejak sekolah menengah, sebelum dia berpindah ke MRSM Taiping & seterusnya menyambung pelajaran & berkerja di Jepun. 

Tuesday, April 23, 2013

Hobi Yang Berkembang



Dulu, Zam suka kumpulkan model-model permainan kecil- tanpa sebarang sebab yang khusus. Kelihatan comel & cool dalam bentuk mini, jadi Zam beli saja. Terutama watak watak kesukaan seperti Doraemon & Gundam. Sekadar kerana ada nilai collectible

Tapi, sejak memiliki lensa Canon 50 mm F 1.8, Zam dapati hobi mengumpul model tu berguna untuk dijadikan subjek dalam fotografi. Akhirnya, Zam jatuh cinta dengan miniature photography secara tak sengaja..