e

Showing posts with label kisah zamani abe. Show all posts
Showing posts with label kisah zamani abe. Show all posts

Tuesday, August 4, 2015

Hilang Lagi

Assalamualaikum guys..

Sekali lagi, Zam menghilang dari blog.. Sibuk kat dunia nyata.. Lepas satu kerja, ada kerja lain menanti.. Kadang-kadang sampai rasa macam nak berasap dah.. buat kerja tak sudah.. tak dapat nak rilek betul.. kalau ade pun, sekejap je.. Sampai tak terbuat kerja yang lain..

Bila dah sibuk ni, mula lah rumah pun jadi tokang pecah. Paksa diri juga mengemas mana yang patut, sikit-sikit. Last-last, terbuat sampai selesai. Memang bila dah tumpu nak buat kerja tu, kerja lain jadi terbengkalai..

Banyak lagi benda nak buat ni.. huhu


Thursday, July 23, 2015

Masuk Kerja Semula Lepas Bercuti



Assalamualaikum dan selamat pagi.

Rasanya, ramai yang baru masuk kerja minggu ini, kan. Dan tak kurang juga yang tak dapat bercuti langsung semasa orang lain menyambut Aidilfitri. Apapun, tentu ramai yang dapat rasa cuti raya kali ini tidak panjang disebabkan hari raya pertama jatuh pada akhir minggu.

Sekolah Zam dah dibuka semalam, dan hari ni Zam dalam keadaan lalok di sekolah. Lalok sebab, makan ubat selsema sebelum ke sekolah. Mengantuk sangat dah ni, tapi nak tidur macam mana sebab lepas ni nak masuk mengajar pula. nak tak nak, terpaksa hadap rasa mengantuk ni.

Lepas ni, Zam nak update entri baru lak. Tentang Apa Yang Zam Pantang Bila Naik Flight. Ini adalah berkisarkan perkara-perkara yang Zam tak suka bila penumpang lain buat hal sendiri dalam flight. Huhu

Sunday, November 23, 2014

Hari Kedua Cuti: Nikmati Ayam Penyet Yang Sedap Di Sarawak


Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Kalau ikutkan, sejak cuti bermula semalam~ Sabtu, Zam patut dah berada di Kuala Lumpur. Tapi, Zam masih berada di Kuching pada waktu ini kerana perlu bertugas di sekolah pada minggu depan. Apapun, ada masa terluang ni, Zam ke bandar ikut teman berjalan-jalan. Waktu tengah hari, kami sempat ke restoran di Satok menikmati Ayam Penyet ini.

Zam memang harap Ayam Penyet ini sedap sebab pengalaman sebelum ni ketika menikmati AYam Penyet di kedai lain, ia agak menghampakan. Tapi yang hari ini, memang sedap. Yang penting, sambalnya sedap dan menepati rasa yang sepatutnya.

Jadi, dari 5 bintang, Zam bagi 3.5. Best dah ni, dan Zam ni cerewet sikit, jadi tak boleh nak bagi 4.. Hehe

Tuesday, November 18, 2014

Tolonglah Pertimbangkan Permohonan Zam Ini

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Hari ni, kami di sekolah sibuk menguruskan urusan persiapan menyambut majlis perpisahan rakan sejawat yang akan dibuat esok. Jadi antara yang diuruskan ialah pembungkusan hadiah.

Bila Zam tengok hadiah yang dibeli adalah perkakas memasak, Zam pun berangan, esok esok kalau Zam yang pindah, Zam nak jugalah dapat hadiah macam tu. Berangan!

Tadi, masa ke Parkson dengan kawan, Zam ternampak alat steambot ni. Wow.. Idaman Zam ni.. Siap boleh grill.. Jadi mulalah Zam berangan, Zam nak benda ni sebagai hadiah perpisahan kalau Zam dapat pindah ke semenanjung nanti. Huhu


Friday, October 24, 2014

Cuba Vegetable Beryani Pula

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua.

Dah makan tengah hari ke semua ni? Kami kaum lelaki biasanya makan lepas Jumaat, takut tak sempat nak solat dan terkejar kejar. 

Apapun gambar yang dikongsikan ni adalah kisah semalam. Zam berkesempatan ke restoran makanan India untuk makan tengah hari. Pilihan menu, macam biasa ada lauk ayam, daging kambing, ketam. 

Tiba tiba, Zam ternampak sesuatu yang digoreng rangup. Bila ditanya apakah ia, pelayan kedai beritahu itu peria goreng. Tiba tiba dapat idea tak nak ambil protein macam ayam dan kambing. Nak cuba ala vegeterian. Zam ambil lauk peria tu, kentang dan sayur kobis.. 

Sebab sebelum ni pernah tengok dalam buku resepi Vegetable Beryani. Saja suka suka ubah selera

Wednesday, October 22, 2014

Roti John Drive Through

Roti John Drive Through? Ade ke? Haa.. Saja je sebenarnya ni.. Kebetulan masa je rumah kawan tadi, kami singgah dulu beli roti john yang dijual oleh jirannya. Tak keluar dari kereta pun, cuma pesan menerusi tingkat. Kalau sebelum ni kita dah biasa tengok stall burger dekat kawasan rumah kita, tapi stall roti john di kawasan kejiranan kita mesti tak pernah dilihat. Kalau ada pun di pasar malam atau bazar ramadhan. Kiranya macam memecah tradisi ar ni.


Tuesday, October 21, 2014

Bila Rakan Guru Pendidikan Khas Bersihkan Najis Murid

Assalamualaikum dam selamat pagi semua.


Kisah yang nak Zam ceritakan hari ni sebenarnya berlaku semalam ketika kami mengadakan program Bulan Bahasa di peringkat sekolah. Macam biasa, setiap program kami akan dijalankan di dalam bilik gerakan (a.k.a dewan sekolah) dan semua murid turut terlibat menyertainya bersama guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Zam seperti selalu, ditugaskan untuk mengambil gambar. Pelbagai aktiviti dimasukkan dalam aturcara program, termasuklah penglibatan guru-guru yang menjadikan program tersebut semakin meriah.

Saturday, October 18, 2014

Selesai Kursus Di Sini

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah hari ni Zam selesai menamatkan kursus 5 hari di Sungai Stutong. Seminggu tak ada di sekolah, banyak juga aktiviti yang Zam terlepas tak dapat join. Terpaksa tumpukan pada kursus di luar sekolah Zam.

Akhir tahun, beginilah suasananya di sekolah. Sibuk kami jadinya dengan kursus di dalam negeri dan juga di Semenanjung, selain lawatan lawatan di tempat tempat menarik di Sarawak bersama anak murid.

Friday, October 17, 2014

Setahun Sekali Je Sembahyang Jumaat

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua.

Setahun sekali je Zam sembahyang Jumaat? Biar betul tajuk ni? Teruk betul perangai blogger seorang ni?!

Haa.. Rilek.. Tajuk tu sebenarnya tergantung. Tajuk yang lengkap ialah "Setahun Sekali Zam Sembahyang Jumaat DI MASJID INI".

Masjid mana? MASJID DI SUNGAI STUTONG yang berhampiran dengan tempat kursus Zam ni.

Masjid ni jauh dari tempat kerja dan tempat tinggal Zam, sebab tu Zam tak pernah solat Jumaat di sini pada tahun ni. Inipun sebab ada kursus dekat sini. Paling akhir, tahun lepas Zam solat Jumaat di sini juga. Sebab tu Zam kata setahun sekali je Zam solat Jumaat.. (..di sini).

Apapun, sesuatu berkaitan solat Jumaat ialah, kerajaan negeri Kelantan akan mengenakan hukuman kepada mereka yang tidak solat Jumaat 3 hari Jumaat berturut turut. Nanti Zam ceritakan lagi ya..

Tuesday, October 14, 2014

Maaf Sebab Tak Balas Komen Anda


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Semalam, Zam luangkan masa Zam untuk membalas komen-komen yang diberikan oleh rakan blog di beberapa entri. Rasa ralat sebenarnya bila tak membalasnya, macam tak berikan respon dan nampak macam sombong pula Zam ni.. Huhu.. Sebaik mungkin, Zam cuba berikan maklumat dan menjawab persoalan blogger lain di ruangan komen. Maaflah ya, Zam lambat balas sebab sibuk dengan urusan kerja dan urusan harian.

Esok sampai Ahad, akan terus sibuk dengan kursus dan tutorial..

Cikgu Lelaki Suka Duduk Sekelompok

Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Hari ni awal awal Zam dah ke SK Sungai Stutong untuk kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Inggeris. Waktu ni, bilik kursus dah penuh, cuma gambar tu nampak kosong sebab diambil sebelum kursus.

Apapun, macam biasa memang kursus akan dipenuhi cikgu perempuan.. Yang lelaki, boleh dikira dengan jari. Dan biasanya, kami akan duduk sekelompok. Cari geng. Kalau duduk pecah pecah dengan geng cikgu perempuan, mesti masa presentation cikgu lelaki yang kena. Hehe



Monday, October 13, 2014

Nasi Beriani Ketam

Assalamualaikum dan selamat petang.

3 minggu lepas, lebih kurang, Zam berkesempatan mencuba Nasi Beriani Ketam di Kuching. Itupun setelah menu tersebut disyorkan oleh seorang pekerja di restoran tersebut. Terlebih dahulu Zam tanyakan harganya, dan untuk menu tersebut bersama separuh bahagian ketam nipah, harganya ialah RM10.50. 

Setuju dengan harga tersebut, jadi Zam pesan sepinggan walaupun portion ketamnya hanyalah separuh, bukan seekor. Lagipun dah lama tak makan ketam nipah dan teringin nak menikmatinya lagi.

Komen Zam, boleh tahan, memang terasa manis isi ketamnya, lebih lebih lagi dengan isi yang banyak pada bahagian pengepitnya, tapi disebabkan cara masakannya terlalu berempah, rasa ketam itu agak hambar. Makanan laut biasanya dimasak simple je kan, barulah terasa kesedapannya.

Apapun, Zam bagi 3 binta g setengah untuk menu ni. HEHE

Akibat Dari Kegilaan Memuat Turun Gambar!


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Perasan apa yang berlaku pada dekstop tu? Haa.. Penuh dengan gambar sampai satu skrin! Inilah akibatnya bila sehari dua baru-baru ni, Zam save banyak gambar dari internet dan terlupa yang dekstop tu penuh! Biasanya Zam akan save pada dekstop dulu, sebelum pindahkan ke mana-mana folder yang berkaitan. Itu yang boleh jadi penuh.

Mana taknya.. Banyak gambar mash up art dan seni yang menarik Zam jumpa waktu tu.. Comel-comel dan kreatif! Salah satunya Zam kongsikan dalam ENTRI INI. Apapun, nanti Zam kongsikan lagi gambar mash up art tu. Dan sekarang ni [un, dekstop Zam dah dikemaskini dengan baik.. Hehe

Wednesday, October 8, 2014

Tuesday, October 7, 2014

9 Tahun Merantau, Dan Aku Masih Homesick


Lepas balik bercuti ke Semenanjung, macam ni lah Zam. Rasa rindu suasana di rumah. Duduk seorang diri di Kuching buatkan Zam rasa cepat bosan kadang kala. Mujur ada rakan rakan yang boleh buatkan rasa sunyi tu terubat.

Kalau rasa sedih nak tinggalkan Semenanjung, Zam akan cuba fikirkan apa aktiviti menarik di Kuching yang Zam boleh buat dengan kawan kawan. Tu sajalah yang boleh buatkan Zam rasa terhibur sedikit.

Bukan tak mahu pindah balik.. Cuma Zam rasa suasana di sini dah ok dan selesa buat Zam. Mungkin nak genapkan 10 tahun dulu di sini..

Kedai Di KLIA2 Dibuka Seawal Pagi

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Pagi ni seawal pukul 5 pagi, Zam dah berada di KLIA2. Sebabnya, flight Zam ke Kuching dijadualkan berlepas pukul 7.10 pagi tadi. Tujuan datang awal tu sebenarnya nak mengelakkan dari tergesa gesa, selain nak beli barang sebelum balik.

Barang yang dimaksudkan ialah bateri dan charger kamera, jadi Zam ke kedai kamera di KLIA2. Kedai ni beroperasi 24 jam, jadi Zam tak ada masalah nak mencari barang disana.
Kebanyakan kedai (sesetengah) di dalam KLIA2 memang dibuka awal sebab ramai yang naik flight pagi. Terutamanya kedai makan. Selain tu, kedai lain yang menjual cenderahati, pakaian dan minyak wangi juga dibuka awal.

Sebab tu, KLIA2 ni boleh dikira sebagai antara tempat shoping dan cuci mata yang Zam paling suka :)

Monday, October 6, 2014

Sedapnya Daging Bakar Cicah Budu


Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Hari ini, Ma Zam sediakan Nasi Kerabu untuk keluarga sempena cuti Hari Raya Haji yang kedua ni. Lama tak makan masakan Ma, sebab cuma berpeluang merasa bila balik bercuti. Yang Zam suka, Daging Bakar tu dicicah dengan budu yang dicampur bersama cili.. Memang terangkat.. Ratah macam tu pun lebih sedap.

Esok, Zam dah berangkat pulang ke Kuching. Adess.. Tiba-tiba mood homesick datang.. Padahal belum balik lagi.. Huhu

Sarapan Menu India Yang Murah

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ni, seawal 7.45 pagi Zam dah keluar bawa anak buah makan di kedai mamak. Lama dah Zam tak makan puri sebenarnya, jadi Zam bawa dia sekali sebab sejak semalam dia tak makan sangat akibat demam. Kiranya nak bagi dia berselera makan dalam suasana kedai makan.

Menu masakan India macam roti canai, puri dan tosei ni murah je sebenarnya. Dan mengenyangkan. Kira macam makanan budget tapi sedap dan memuaskan hati. Tambahan pula, Zam memang menggemari masakan India.

Saturday, October 4, 2014

Sorry Marah-Marah, Ayah Ngah Tak Tahu Amirul Demam!

Petang tadi, bila Amirul terjaga dari tidur, Zam ajak dia makan nasi. Sebab sebelum tidur tadi, dia tak makan apa-apa.

Dia bangun, kemudian mandi. Bila dah siap pakai baju, Zam ajak sekali lagi, tapi malas-malas dia ikut. Susah betul nak suruh dia makan, tapi last last mahu juga dia. 

Di dapur, dia makan perlahan-lahan.. Macam tak berselera. Tapi Zam paksa juga dia makan dan habiskan sebab seharian dia tak makan dengan banyak lagi

Kemudian, Zam keluar dari dapur sekejap. Bila Zam kembali ke dapur, dia dah siap, tapi Zam tengok nasi sejemput tak dihabiskan di dalam sinki.

Apalagi, masa tu Zam pot pet pot pet macam marahkan anak murid kat sekolah.

Bukanlah marah teruk pun, tak lama, cuma tak suka dia membazir walaupun sedikit macam tu.

Dia cakap sakit kepala. Bila Ayah Zam (datuknya) sentuh kepalanya, baru kami dapat tahu dia demam. Aduh! Patutlah tak nak makan sangat, demam rupanya! Sebab sebelum ni memang dia malas nak makan & banyak bermain, sebab tu Zam tak terfikir dia tak sihat.

Sudahnya, kami ke farmasi cari ubat yang sesuai.

Tapi dalam masa yang sama, ibunya (kakak Zam) sempat belikan dia mainan ni di Kedai Cenderahati. Eh.. Tiba-tiba dia jadi sihat balik.. Amboi! Kemain.. Baru tahu mainan ni boleh sembuhkan demam dia.. Hahadoiii