e

Showing posts with label Student life. Show all posts
Showing posts with label Student life. Show all posts

Saturday, March 15, 2014

Sibuk Menyiapkan Tugasan Boneka

Salam & selamat malam semua.

Zam sebenarnya masih sibuk menyiapkan tugasan assignment OUM, dan sekarang ni sedang dalam proses menyiapkan assignment Pendidikan Seni. Jadi, Zam tak sempat nak buat aktiviti blogwalking macam biasa beberapa hari ni, memandangkan Zam perlu bagi tumpuan pada assignment terlebih dahulu.

Bercakap tentang assignment Pendidikan Seni ni, tajuk yang diberikan kepada Zam dan pelajar yang lain ialah Membentuk Dan Membuat Boneka.. Boneka ni kan, kalau nak tahu dulu masa kecil-kecil, Zam cukup tak suka. Kenapa? Haa.. Sebab bagi Zam, boneka tu menakutkan.. Seram je tengok..

Tapi bila dah besar ni, dah tak takutlah kat boneka ni.. Suka lagi adalah, sebab comel.. Nak-nak lagi macam Elmo dari Sesame Street tu. Dan baru-baru ni, Zam tertengok Glee kat Star World yang menyanyikan lagu dengan menggunakan boneka.. Tangkap layan pula dengan video & lagu ni.. Kalau berminat, leh mainkan video kat bawah ya ;)

 

Sunday, November 10, 2013

Idea Menulis Mencurah Curah Macam Air Terjun!

Idea menulis mencurah curah macam air terjun! Tapi bukanlah idea untuk menulis entri di blog, sebaliknya idea nak menulis assignment.. Alhamdulillah dipermudahkan urusan.. Nak tulis banyak banyak pun, tak perlu jugak sebab had sampai 3000 patah perkataan je.. Lebih lebih tak dikira.. Hehe.. Letih pensyarah nak baca assignment panjang berjela, dah lah kena cocer ramai student!

Apapun, sekarang dah free, jadi bolehlah keluar jalan jalan.. Peace ;)