Assalamualaikum dan salam Jumaat semua :)
Sebelum ke masjid berdekatan untuk solat Jumaat sebentar lagi, suka Zam nak utarakan isu ini. Cukupkah membantu sekadar LIKE di FB apabila gambar-gambar yang menunjukkan musibah menimpa orang lain dimuat naik? Bolehkah kita menganggap LIKE sebagai satu doa kepada mereka, seperti yang dikatakan oleh pihak yang memuat naik gambar tersebut?
