e

Friday, February 14, 2014

Cukupkah Membantu Sekadar LIKE Di Facebook?

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua :)

Sebelum ke masjid berdekatan untuk solat Jumaat sebentar lagi, suka Zam nak utarakan isu ini. Cukupkah membantu sekadar LIKE di FB apabila gambar-gambar yang menunjukkan musibah menimpa orang lain dimuat naik? Bolehkah kita menganggap LIKE sebagai satu doa kepada mereka, seperti yang dikatakan oleh pihak yang memuat naik gambar tersebut?


Sebelum isu ini dikupas, mungkin kita perlu tahu kenapa gambar tersebut dimuatnaik di Facebook. Biasanya, pihak admin sesuatu page memuatnaik gambar tersebut untuk mendapatkan LIKE, dan dari LIKE yang kita berikan itu mungkin akan dapat dilihat di newsfeed rakan kita yang lain.. Jadi rakan kita itu juga berkemungkinan akan LIKE atau SHARE gambar yang sama, selain LIKE pada page tersebut.

Ia sebenarnya satu cara dan promosi dari pemilik page kepada pengguna FB untuk mendapatkan LIKE yang banyak untuk pagenya.

Jadi kembali kepada persoalan tadi, cukupkan kita membantu sekadar LIKE?


Pada Zam, mungkin ya, mungkin tidak.. Mungkin ya kerana kita juga membantu menyebarkan berita kepada orang lain, dan dalam masa yang sama, mereka akan mendoakan untuk mangsa yang ditunjukkan dalam gambar.

Mungkin tidak, jika menganggap LIKE itu satu doa.. Doa perlu diucap dan dilafazkan, bukan begitu?

11 comments:

  1. sekadar klik 'like' is not helping much

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yg mereka cuba sampaikan melalui iklan ini..

      Delete
  2. like yang beratus ribu dan berjuta2 tak akan mampu mengubah keadaan jika bantuan tidak dihulurkan...

    ReplyDelete
  3. button LIKE tu ada bg percent donation ke kat depa yg memerlukan?..skadar LIKE nak tambahkan pengeLIKE, bek xyah...pastu satg byk laa komen yg bjela²...org kita nie ckp jee pandai, walhal dok menggila kat kotak komen tu jaaa...so, xyah nak LIKE sgt laa..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum zamani...betul tu x dpt nak menolong juga kalau like jer yg banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. itulah .. tak dpt membantu sgt kan kak

      Delete
  5. btol tuu.. zara stuju ngan pndpt sis farah waheeda.. ~.~

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm tersedar dr lamunan kan bila bc kata2 tu

      Delete
  6. Ada maksud yang tersirat di sebalik gambar ni...

    ReplyDelete