Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang diketahui peminat semua, bermula semalam slot Akasia telah bersiaran dengan drama terbaru, Jika Itu Takdirku. Akan keudara sebanayk 24 episod, mengisahkan tentang si hero yang kehilangan ingatan yang telah jatuh cinta semula dengan kekasih lamanya. Untuk anda, Zam kongsikan sinopsis ringkas bagi setiap episod dalam minggu ini.
Enam tahun telah berlalu, Hakimi disahkan menghidap penyakit amnesia selepas kemalangan jalan raya. Dr. Hamza cuba untuk menyembuhkan penyakit amnesia Hakimi dan Hakimi juga banyak menghabiskan masanya di hospital.

