e

Showing posts with label sinopsis. Show all posts
Showing posts with label sinopsis. Show all posts

Monday, May 12, 2014

DRAMA AKU ISTERINYA MINGGU KE TUJUH EPISODE 23, 24, 25, 26


Minggu ni merupakan minggu ke tujuh tayangan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, dan sebelum anda menonton drama ini, jom lihat sepintas lalu sinopsis untuk episode 23 hingga 26.

Aku Isterinya Episode 23
Mikail terus memeluk erat Mya apabila melihat darah mengalir daripadanya dan dia tidak akan memaafkan Suzanne sampai bila-bila jika terjadi apa-apa pada kandungan Mya 

Aku Isterinya Episode 24
Adam tersenyum apabila mengetahui yang Mikail datang bersama Mya dan dalam masa yang sama dia turut cemburu melihat keprihatinan Mikail terhadap Mya

Aku Isterinya Episode 25
Datin Adiba teringat kembali kata-kata suaminya agar menerima Mya sebagai menantu mereka kerana dia yakin yang mereka akan bahagia semula seperti dahulu

Aku Isterinya Episode 26

Datuk Lutfi tidak menduga kehadiran Mya dan bayi di dalam kandungan Mya akan mengubah corak dan jalan cerita mereka sekeluarga

PS: Jom terjah entri ni: Biji Mata Anak Murid Terkeluar Sewaktu Exam

Monday, May 5, 2014

DRAMA AKU ISTERINYA MINGGU KE ENAM EPISODE 19, 20, 21, 22


Minggu ni merupakan minggu ke enam tayangan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, dan sebelum anda teruskan menonton drama ini, jom lihat sepintas lalu sinopsis untuk episode 19 hingga 22.

Aku Isterinya Episode 19 
Dari jauh Muzifa tersenyum melihat kebahagiaan Mikail dan Mya seperti belangkas. Sayu hatinya melihat Mikail yang sudah sembuh luka di hati akibat perbuatan Lisa dahulu. 

Aku Isterinya Episode 20 
Mya terkejut apabila mendengar permintaan Mikail mahukan zuriat. Dia tidak yakin Mikail sudah bersedia untuk menjadi bapa disebabkan keadaan keluarganya sendiri berkecamuk dan berpecah belah. 

Aku Isterinya Episode 21 
Mya tercengang dan hampir menitiskan air matanya mendengar mulut Mikail supaya di ajar solat. Dia kagum dengan sikap Mikail yang mengaku kejahilan diri sendiri dan bersedia untuk berubah. 

Aku Isterinya Episode 22 
Mya tidak berniat untuk menyakiti hati Mikail tetapi sejak pertemuan dengan Aisyah 2 minggu lalu, dia menaruh syak kepada Mikail disebabkan Mikail merahsiakan tentang perkahwinan mereka.

Monday, April 28, 2014

DRAMA AKU ISTERINYA MINGGU KE LIMA EPISODE 15, 16, 17, 18


Minggu ni merupakan minggu ke lima tayangan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, dan sebelum anda teruskan menonton drama ini, jom lihat sepintas lalu sinopsis untuk episode 15 hingga 18.

Aku Isterinya Episode 15 
Mikail marah apabila ditipu oleh Mya tambahan pula apabila Shamil memaklumkan yang Mya adalah kekasihnya sejak dulu lagi. 

Aku Isterinya Episode 16 
Mikail terkejut kerana Suzanne berada di rumah mamanya lalu hilang sabar apabila Suzanne minta Mikail buat pengakuan kepada Datin Adiba tentang hubungan Mikail dengan Mya dan juga siapa Mya yang sebenarnya. 

Aku Isterinya Episode 17 
Mikail terkejut apabila mendapat tahu Shamil telah pergi ke rumah Mak Ngah untuk meminang Mya dan pinangan tersebut diterima oleh Mak ngah selepas Shamil menebus tanah pusakanya. 

Aku Isterinya Episode 18 
Mya tergelak apabila Mikail mengajaknya pergi berbulan madu. Sebelum ini,mereka berkahwin disebabkan ditangkap berkhalwat dan dia merasa tidak sesuai untuk pergi berbulan madu.

Tuesday, April 22, 2014

DRAMA AKU ISTERINYA MINGGU KE EMPAT EPISODE 11, 12, 13, 14


Minggu ni merupakan minggu ke empat tayangan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, dan sebelum anda teruskan menonton drama ini, jom lihat sepintas lalu sinopsis untuk episode 11 hingga 14.

Aku Isterinya Episode 11
Mikail terpaksa meninggalkan mesyuarat penting apabila menerima pesanan daripada Farhan tentang Mya. Dia cemas melihat keadaan Mya yang berpeluh-peluh menahan kesakitan. 

Aku Isterinya Episode 12
Adam datang ke pejabat Mikail untuk mengajak Mikail keluar bersamnya tetapi Miakil terpaksa menolaknya kerana dia membawa bekal yang dimasak oleh Mya. 

Aku Isterinya Episode 13
Suzanne amat marah apabila melihat kemesraan Mikail bersama Mya di KLCC. Dalam pada itu, Mimi memaklumkan kepada Datin Adiba yang Lisa telah menghubunginya. 

Aku Isterinya Episode 14
Mikail memberitahu Mya bahawa dia ada berjumpa dengan Lisa iaitu bekas kekasihnya. Mikail menyakinkan Mya bahawa dia tidak akan bercinta dengan Lisa lagi.

Tuesday, April 15, 2014

DRAMA AKU ISTERINYA MINGGU KETIGA EPISODE 7, 8, 9, 10


Minggu ni merupakan minggu ke tiga tayangan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, dan sebelum teruskan menonton, jom lihat sepintas lalu sinopsis untuk episode 7 hingga 10.

Aku Isterinya Episode7 
Mya tidak dapat menahan kesedihannya kerana neneknya meninggal dunia sebelum sempat dia pulang untuk berkongsi suka dan duka. 

Aku Isterinya Episode 8 
Mikail terkejut apabila Mya minta dilepaskan kerana dia tidak sanggup lagi menanggung dosa. Mikail tetap tidak akan melepaskan Mya kecuali Mya membayar balik duit kepadanya sebanyak RM50,000.00. 

Aku Isterinya Episode 9 
Mya masuk ke dalam bilik Mikail dan mendapati Mikail mengalami demam panas. Mya kasihan melihat Mikail dan terus memberikan ubat kepada Mikail .

Aku Isterinya Episode 10 
Mikail terpaksa membawa Farhan ke rumahnya. Mya terkejut melihat Mikail pulang bersama Farhan. Melihat gambar-gambar Mikail yang tersusun, Farhan beranggapan yang Mikail adalah teman lelaki Mya.

Tuesday, April 8, 2014

DRAMA AKU ISTERINYA MINGGU PERTAMA & KEDUA EPISODE 1, 2, 3, 4, 5, 6


Nah.. Cerita terbaru muncul lagi di Slot Akasia dengan tajuk yang agak tipikal (seperti biasa). Mungkin, ramai yang dah boleh mengagak pada peringkat awal bagaimana perjalanan kisah drama ini. MUNGKIN. Mungkin juga, ada kelainan dalam drama ini nanti. Pada peminat drama Melayu terutamanya peminat Izzue Islam, bolehlah layan drama ni sambil bersantai lepas penat bekerja seharian, tapi kena inga~t solat dulu ya.. Tak pun, kalau tertinggal, boleh cari video tonton online di internet. Zam juga akan kongsikan pautan videonya di sini jika ada, ya ;)

Thursday, March 6, 2014

Tonton Online Jika Itu Takdirku Episod 12



MAAF diatas kelewatan berkongsikan pautan drama online Jika Itu Takdirku dari Episode 9 hingga 11 pada minggu ini kepada anda. Untuk menonton Episode 1 hingga 11 melalui pautan yang disediakan, anda boleh hit DI SINI.

Tonton Online Jika Itu Takdirku Episod 12

Jika Itu Takdirku Episod 12 tonton online: http://bit.ly/1ihBFBA (klik)

Kredit kepada Tonton Drama 2 U

Sinopsis Jika Itu Takdirku Episode 12
Memandangkan Hakimi sangat sibuk di pejabatnya, ketuanya mengambil keputusan untuk memberi seorang setiausaha kepada Hakimi. Hakimi sangat berbesar hati kerana kerjanya akan menjadi lebih senang apabila dia mempunyai setiausaha.

Monday, March 3, 2014

Projek Memikat Suami Episode 11


Husna menangis teresak-esak sewaktu bersarapan dengan Zahrain, dahhh kenapa pula ni?
"I need to think" getus Zahrain.. Fikir sal apa? 
Husna pula memberitahu, dia perlukan ruag dan masa untuk memikirkan hubungannya dengan Zahrain.. Ahh sudahhhh

Itu antara petikan dialog untuk drama Projek Memikat Suami Episode 11 hari ini, jam 10 malam nanti. Hubungan mereka macam retak menanti belah je kan.. Mungkin ramai yang boleh menjangkakan pengakhiran jalan cerita ni, tapi apapun kita nantikan malam ini apakah sebenarnya yang berlaku dan diperkatakan oleh mereka berdua.

PS: Dugaan di alam berumah tangga.. :)

Monday, February 24, 2014

Sinopsis Projek Memikat Suami Episode 10

"Bini dia tak boleh kawan dengan lelaki, yang dia pulak boleh menggatal dengan perempuan!"

"Apa yang kamu dah buat ni, dah mencemarkan nama baik keluarga kita, nama syarikat kita!"

"Abah, ini semua salah Husna.. Husna patut jaga tingkah laku Husna.."


Assalamualaikum & selamat petang semua.. Haa... Kat atas tu, antara dialog hangat yang dipetik dari drama Projek Memikat Suami Episode 10 malam ini.. Nampaknya macam ada perkara besar yang telah berlaku dalam keluarga mereka sehingga mencetuskan konflik.. Nak tahu kesudahan episod kali ini? Nantikan tayangannya di Astro Ria 104 pada 10 malam nanti ;)

pesanan penaja: peringatan kepada isteri-isteri, agar menjaga tingkah laku agar tidak difitnah dengan lelaki lain biarpun kawan.. bahaya woo...

Tuesday, February 18, 2014

Jika Itu Takdirku Episod 1, 2, 3 & 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang diketahui peminat semua, bermula semalam slot Akasia telah bersiaran dengan drama terbaru, Jika Itu Takdirku. Akan keudara sebanayk 24 episod, mengisahkan tentang si hero yang kehilangan ingatan yang telah jatuh cinta semula dengan kekasih lamanya. Untuk anda, Zam kongsikan sinopsis ringkas bagi setiap episod dalam minggu ini.





Enam tahun telah berlalu, Hakimi disahkan menghidap penyakit amnesia selepas kemalangan jalan raya. Dr. Hamza cuba untuk menyembuhkan penyakit amnesia Hakimi dan Hakimi juga banyak menghabiskan masanya di hospital. 

Monday, February 17, 2014

Jika Itu Takdirku - Drama Terbaru Di Slot Akasia 17 Februari 2014


Assalamualaikum & selamat malam semua. Tamat sudah Ariana Rose bersiaran pada minggu lepas, jadi semestinya perhatian ramai dialaihkan pada drama terbaru yang mula bersiaran hari ini, iaitu Jika Itu Takdirku. Dibintangi oleh Shah Iskandar dan Intan Ladyana, drama yang mengisahkan tentang si jejaka yang kehilangan memori (amnesia) setelah mengalami kemalangan 6 tahun dahulu. Takdir telah menemukan beliau kembali dengan cinta lamanya, walaupun pada masa itu beliau tidak mempunyai apa apa memori  lagi mengenai cinta lamanya itu.

Nak tahu sinopsis lengkap mengenai drama ini? Anda boleh hit pada PAUTAN INI. 

Kepada peminat drama tempatan, selamat menonton Zam ucapkan :)

Sunday, February 2, 2014

Ariana Rose Minggu Ke 6: Episod 21, 22, 23, 24

Assalamualaikum & selamat malam. Minggu depan (bermula esok) merupakan minggu kedua terakhir drama Ariana Rose dimainkan di slot Akasia, sebelum minggu terakhirnya pada minggu hadapan. Bersiaran sebanyak 28 episod, dan minggu ini pasti menyaksikan lebih banyak adegan yang menimbulkan pelbagai persoalan. Kepada para peminat, Zam kongsikan sepintas lalu sinopsis Ariana Rose Minggu ke 6 Episod 21, 22, 23 dan 24.


Tengku Adam beritahu keluarganya yang dia akan sampai ke Malaysia dalam masa 20 hari lagi kerana dia mahu sucikan dirinya sebelum masuk ke alam rumahtangga. Pada masa itulah Puan Sri Lisdania risaukan kalau-kalau Adam benar benar tidak mahu kahwin. 

Monday, December 30, 2013

Ariana Rose Pengganti Drama Palyboy Itu Suami Aku


Tamat saja Playboy Itu Suami Aku, tentu ramai yang menunggu drama apa yang akan menggantikannya bermula minggu ini. Terkini untuk petang ini, drama Ariana Rose akan ke udara di slot Akasia. Berikut adalah sinopsis nya dari Melvister.com


Monday, November 11, 2013

Playboy Itu Suami Aku: Jangan Sampai Tangguh Solat Dah Lah Ye

Fattah Amin, muka baru hero Melayu

Assalamualaikum guys.. Petang ni rasanya ramai gak yang akan tertunggu-tunggu siaran episod pertama drama yang menggantikan Love You Mr Arrogant di slot Akasia- Playboy Itu Suami Aku. Zam pun nak cuba tengok gak lah.. Manalah tahu boleh jadi favourite Zam macam Setia Hujung Nyawa dulu.. Apapun.. Ingat.. Jangan sampai tangguhkan solat maghrib ya.. Solat lah dulu bila dah masuk waktu.. Sama-samalah kita k.. 

Sebelum tu, jom baca kejap sinopsis drama ni ;) (KREDIT)

Thursday, November 7, 2013

Love You Mr Arrogant Episode 26 (Terakhir)- Adakah Anda Berpuas Hati?


Assalamualaikum & selamat malam geng.. Pukul 8 tadi, akhirnya tamatlah sudah drama bersiri Love You Mr Arrogant yang bersiaran sepanjang 26 Episode di slot Akasia. Jadi, adakah anda berpuas hati dengan pengakhirannya setelah menghayati setiap detik di sepanjang 25 episode sebelum ini? Adakah segala persoalan di bawah telah terjawab dengan baik? 

Thursday, October 31, 2013

Tonton Online Love You Mr Arrogant Episod 21



Untuk menonton Love You Mr Arrogant Episod 21 (siaran semalam 30 Oktober 2013), anda boleh HIT pada pautan (link) di bawah:




Thursday, October 10, 2013

Entri Pecah Trafik Di Bulan Oktober~ Cecah 11 Ribu PV

Assalamualaikum dan selamat petang. Tentu ramai yang meminati drama Cinta Jannah sebelum ini, kan? Bagi Zam, drama tu dah jadi semacam satu fenomena dan kegilaan ramai pada waktu tu. Maka, sudah tentu ia juga menjadi sesuatu yang sentiasa dalam carian penonton di internet, terutama sinopsis setiap episod. Jadi Zam tak ketinggalan seperti kebanyakan blogger lain menyediakan entri seumpanya dan dalam masa yang sama, Zam mempraktikkan teknik SEO untuk menarik pembaca ke blog.

Entri Pertama Tentang Cinta Jannnah (2 Minggu Terakhir Cinta Jannah: Episod 20) Cecah 11 Ribu PV


Tuesday, September 24, 2013

Cinta Jannah Episod 24 (Episod Akhir)


Assalamualaikum & selamat petang. Akhirnya setelah lama menunggu, Episod Cinta Jannah akan berakhir hari ini melengkapkan 24 episod kesemuanya di slot Akasia. Apakah kesudahan drama ini? Berikut disediakan sinopsis ringkas Cinta Jannah Episod 24 dalam memberikan gambaran kepada anda sebelum menontonnya petang ini:

Cinta Jannah Episod 24
(Akhir) Perut Nur Jannah sakit. Bonda membawa Nur Jannah ke hospital. Izaryl bermimpi. Nur Jannah jatuh ke dalam lubang yang dalam dan meminta tolong. Izaryl hanya melihat. Nur Jannah meminta tolong dan menangis. Izaryl tersedar dan badannya berpeluh.

Monday, September 23, 2013

Minggu Terakhir Cinta Jannah: Episod 23



Cinta Jannah Minggu Terakhir: Episod 23. Hari ni merupakan tayangan episod kedua terakhir sebelum tayangan akhirnya esok di slot Akasia (Episod 24- 24 September 2013.) Tentu ramai yang tak ketinggalan menontonnya hari ini, dan mungkin saja esok ratingnya akan mencatatkan jumlah tontonan yang tinggi berbanding episod-episod sebelum ini. 

Berikut disediakan sinopsis untuk episod 23 Cinta Jannah:


Cinta Jannah Episod 23
 Nur Jannah termenung memikirkan Izaryl . Sufian menegur. Mereka saling bertanya khabar. Abdullah menghampiri dan bersalam dengan Sufian. Mereka berbual. Nur Jannah hanya memerhati mood ayahnya yang sudah berubah.