e

Showing posts with label Teknik SEO. Show all posts
Showing posts with label Teknik SEO. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Tiga Entri Penyumbang Trafik Cecah 5k PV Semalam



Assalamualaikum dan selamat malam semua.. Sebelum Jumaat melabuhkan tirai nya, Zam nak kongsikan sedikit tentang PV yang Zam terima semalam (Khamis).. Angka yang ditunjukkan sebenarnya agak tinggi dari biasa, & ia menggembirakan Zam. Zam rasa mungkin ia disebabkan olek kunjungan pembaca yang banyak (termasuk anda) untuk tiga entri SEO yang Zam sediakan semalam (Khamis 23 Januari 2014).

Thursday, October 10, 2013

Entri Pecah Trafik Di Bulan Oktober~ Cecah 11 Ribu PV

Assalamualaikum dan selamat petang. Tentu ramai yang meminati drama Cinta Jannah sebelum ini, kan? Bagi Zam, drama tu dah jadi semacam satu fenomena dan kegilaan ramai pada waktu tu. Maka, sudah tentu ia juga menjadi sesuatu yang sentiasa dalam carian penonton di internet, terutama sinopsis setiap episod. Jadi Zam tak ketinggalan seperti kebanyakan blogger lain menyediakan entri seumpanya dan dalam masa yang sama, Zam mempraktikkan teknik SEO untuk menarik pembaca ke blog.

Entri Pertama Tentang Cinta Jannnah (2 Minggu Terakhir Cinta Jannah: Episod 20) Cecah 11 Ribu PV


Wednesday, September 18, 2013

Entri & Keyword Festival Kucing Putrajaya Tarik Trafik Tertinggi Ke Blog Minggu Lepas

Assalamualaikum & selamat pagi. Kebiasanya pada hari Sabtu & Ahad, agak jarang untuk blog Zam menerima trafik yang tinggi kecuali jika ada berita hangat yang dikongsikan di blog pada hari itu. Namun pada Sabtu & Ahad lepas, Zam perasan blog Zam menerima trafik yang tidak putus-putus ~ dan ia sesuatu yang berbeza dari mingu-minggu sebelumnya.

Sangkaan Zam, mungkin kerana entri TRAGIS: Polis Tembak Mati Isteri & Bapa Mertua Di Johor yang dikongsikan di blog pada hari Ahad mendapat hit yang tinggi, tetapi setelah melihat pada hot trend Radarul & statistik untuk post di blog, ternyata yang menarik pengunjung yang ramai ke blog Zam pada hujung minggu adalah entri Festival Kucing Putrajaya 2013.


Saturday, September 7, 2013

Top 10 Entri Ogos 2013 Di Blog Zamani Abe

Assalamualaikum & selamat petang rakan blogger :) Tiba-tiba dapat idea nak menyediakan entri ini setelah beberapa blogger menghasilkan Top 10 Entri Ogos 2013. Setelah disemak, berikut adalah Top 10 Entri Ogos 2013 di blog Zamani Abe berserta PV untuk setiap entri: 



Berita sedih yang menimpa seorang photographer muda berbakat yang bakal                 melangsungkan hari bahagianya pada Oktober ini..

Berita gempar yang berlaku beberapa hari sebelum Umat Islam menyambut Aidilfitri. 2 dari 3 mangsa dilaporkan menjadi korban di dalam kejadian tersebut merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan tersebut..

Friday, May 24, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 7



Serius, ini kali pertama sebenarnya Zam menonton drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Itupun secara tak sengaja bila sepupu yang bukakan TV tadi. Oo.. Rupanya inilah drama yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial tu ya.. Bila tengok babak Izzue Islam & Tiz Zaqyah tadi (masa Tok Wan buka pintu bilik tu), tiba-tiba teringat balik drama bersiri Setia Hujung Nyawa dulu. Mungkin dari segi kemesraan di dalam hubungan suami isteri yang ditampilkan. Rasanya pembaca yang mengikuti drama tersebut tentu boleh ceritakan kepada Zam dengan lebih detail lagi ;)

Monday, May 13, 2013

Penangan Entri Hari Ibu

Assalamualaikum & Selamat Pagi. PENANGAN ENTRI HARI IBU- Rabu lepas, Zam hasilkan satu entri berkenaan tarikh Hari Ibu untuk melihat sejauh mana keberkesanan teknik SEO dalam menarik trafik ke blog. Pada pendapat Zam, oleh kerana tarikh Hari Ibu tidak tetap dan hanya disambut pada setiap Ahad minggu kedua dalam bulan Mei, ia membuatkan orang ramai tertanya-tanya & tidak pasti  lalu membuatkan mereka mencari tarikh yang tepat di internet. Alhamdulillah, percubaan Zam berjaya apabila jumlah PV yang diterima oleh entri TARIKH HARI IBU adalah seperti berikut (setakat pukul 8 pagi ini):

 

Tuesday, May 7, 2013

PV Blog Untuk Semalam (6 Mei)

Assalamualaikum & selamat petang. Entri kali ini sebenarnya satu perkongsian info untuk rakan blogger yang mungkin belum pernah atau jarang mempraktikkan teknik SEO dalam menarik pengunjung sekaligus menaikkan trafik & pageview blog. Sebenarnya semalam Zam menghasilkan entri secara santai, & maksud santai disini ialah dengan memetik mana-mana sumber berita, meletakkannya di blog (copy & paste) & memberi sedikit ulasan.